Pusat Info
Pilih bahasa anda
  • azərbaycan
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Melayu
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • Filipino
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • العربية
  • فارسی
  • اردو
  • বাংলা
  • हिन्दी
  • ગુજરાતી
  • ಕನ್ನಡ
  • मराठी
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • 한국어
  • WhatsApp Web
  • Ciri-ciri
  • Muat Turun
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Muat Turun
  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
Web dan DesktopPenyelesaian masalah

Tidak dapat bersambung kepada WhatsApp Web atau Desktop

Masalah dengan telefon, komputer atau sambungan Wi-fi anda adalah sebahagian daripada sebab utama anda mungkin tidak dapat menghantar atau menerima mesej pada WhatsApp Web atau Desktop.

Masalah sambungan telefon

Jika anda tidak dapat menghantar atau menerima mesej pada WhatsApp daripada telefon anda, maka anda tidak akan dapat menggunakan WhatsApp Web atau Desktop pada komputer anda. Buka WhatsApp pada telefon anda dan cuba hantar satu mesej. Jika tidak boleh, ketahui lebih lanjut cara anda boleh menyelesaikan masalah sambungan telefon anda: Android | iPhone

Jika anda dapat menghantar mesej WhatsApp daripada telefon anda, cuba gunakan WhatsApp Web atau Desktop pada komputer anda sekali lagi. Jika anda masih mengalami isu menghantar atau menerima mesej, anda mungkin mengalami isu sambungan dengan komputer anda.

Masalah sambungan komputer

Anda mesti mempunyai sambungan Internet yang kuat dan stabil pada komputer anda untuk menggunakan WhatsApp Web atau Desktop. Jika anda melihat sepanduk kuning di bahagian atas senarai sembang anda dengan mesej ralat "Komputer tidak bersambung", semak dan pastikan sambungan Internet anda aktif. Jika sambungan Internet komputer anda berfungsi seperti biasa dan anda masih tidak dapat menghantar atau menerima mesej, segarkan semula halaman jika anda menggunakan WhatsApp Web atau keluar dan mulakan semula program sekiranya anda menggunakan WhatsApp Desktop.

Sekiranya masalah berterusan, cuba log keluar dan log masuk semula ke WhatsApp Web atau Desktop. Ketahui cara untuk melakukan ini di artikel ini.

Nota: Untuk WhatsApp Web, anda mesti menggunakan versi Chrome, Firefox, Microsoft Edge, Opera atau Safari yang terkini. Pelayar lain seperti Internet Explorer tidak disokong.

Masalah sambungan Wi-fi

Jika anda menggunakan rangkaian Wi-fi terurus, seperti di pejabat, perpustakaan atau kampus universiti, rangkaian anda mungkin disetkan untuk menyekat atau mengehadkan sambungan ke WhatsApp Web. Jika WhatsApp Web memberitahu anda bahawa anda berada dalam rangkaian Wi-fi yang menghalang WhatsApp Web daripada beroperasi dengan betul, sila pastikan rangkaian anda disetkan untuk melangkau trafik ke “web.whatsapp.com”, “.web.whatsapp.com” atau “.whatsapp.net”.

Sumber berkaitan:

  • Perihal WhatsApp Web dan Desktop
  • Cara memuat turun WhatsApp Desktop
  • Cara log masuk atau keluar
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab soalan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Laman Utama Pusat Info

WhatsApp

  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Muat Turun
  • WhatsApp Web
  • Perniagaan
  • Privasi

Syarikat

  • Perihal
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Berhubunglah
  • Blog
  • Cerita WhatsApp

Muat Turun

  • Mac/PC
  • Android
  • iPhone

Bantuan

  • Pusat Info
  • Twitter
  • Facebook
  • Koronavirus
2021 © WhatsApp LLC
Terma & Privasi