Cara mengendalikan pemberitahuan anda
Keutamaan pemberitahuan boleh dikendalikan dengan mudah dalam tetapan WhatsApp anda.
Buka WhatsApp Web atau Desktop > klik Menu (
Di sini anda boleh membuat perubahan kepada:
Bunyi
Isyarat Desktop
Paparan Pratonton
Anda juga boleh mematikan semua isyarat dan bunyi sembang untuk tempoh masa tertentu. Untuk menghidupkan kembali pemberitahuan, klik Matikan isyarat dan bunyi.Klik untuk memulihkan. (
Menyenyapkan sembang individu atau grup
- Buka sembang individu atau grup.
- Klik Menu
> Senyapkan pemberitahuan. - Pilih tempoh:
- 8 Jam
- 1 Minggu
- Sentiasa
- Klik SENYAPKAN PEMBERITAHUAN.
Untuk menghidupkan kembali pemberitahuan, dapatkan sembang yang disenyapkan dan klik Menu
Nota: Jika anda menyenyapkan sembang individu atau grup pada telefon anda, ia juga akan disenyapkan pada WhatsApp Web dan Desktop. Semua tetapan pemberitahuan lain tidak bergantung pada telefon dan komputer anda dan tidak menjejaskan antara satu sama lain.
Mematikan semua pemberitahuan
Untuk mematikan semua pemberitahuan, termasuk panggilan masuk, tutup WhatsApp Web atau Desktop. Untuk menghidupkan pemberitahuan desktop, buka WhatsApp.
Sebagai alternatif, anda boleh mendayakan ciri Jangan Ganggu pada Mac atau Khidmat Fokus pada Windows. Untuk arahan lanjut tentang cara mematikan pemberitahuan, sila lawati tapak web Sokongan Apple atau tapak web Sokongan Microsoft.