Anda boleh memadamkan grup untuk semua peserta sekiranya anda pentadbir grup. Sebelum anda boleh memadamkan grup, anda mestilah mengeluarkan semua peserta grup, dan kemudian keluar daripada grup.
Apabila anda memadamkan grup, anda tidak akan melihat grup tersebut dalam senarai sembang anda lagi dan sejarah sembang akan dipadamkan daripada telefon anda. Peserta lain masih akan melihat grup tersebut dalam senarai sembang mereka. Namun, tiada siapa yang akan dapat menghantar mesej.
Untuk memadamkan grup, anda perlu keluar daripada grup tersebut terlebih dahulu.
Selepas anda keluar daripada grup, anda akan mempunyai pilihan untuk memadam grup tersebut.