Aplikasi WhatsApp Business adalah aplikasi percuma yang boleh dimuat turun untuk perniagaan kecil.
Sebelum memuat turun aplikasi, sila ambil perhatian yang berikut:
- Jika anda mempunyai akaun WhatsApp Messenger sedia ada, anda boleh memindahkan maklumat akaun anda, termasuk sejarah sembang dan media ke akaun WhatsApp Business baru anda dengan mudah.
- Sejarah sembang anda tidak boleh dipindahkan kembali ke WhatsApp Messenger jika anda memutuskan untuk berhenti menggunakan aplikasi WhatsApp Business.
- Anda boleh menggunakan aplikasi WhatsApp Business dan WhatsApp Messenger secara serentak asalkan akaun tersebut dipautkan pada nombor telefon yang berlainan. Satu nombor telefon tidak boleh dipautkan kepada kedua-dua aplikasi pada masa yang sama.
Kemudian:
- Muat turun aplikasi WhatsApp Business daripada App Store.
- Sahkan nombor telefon perniagaan anda.
- Pulihkan akaun anda daripada sandaran, jika anda ingini.
- Setkan nama perniagaan anda.
- Bina profil anda. Ketik Tetapan > nama perniagaan anda.