Cara memuat turun aplikasi WhatsApp Business
WhatsApp Business ialah aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma untuk perniagaan kecil.
Sebelum memuat turun aplikasi, sila ambil perhatian perkara yang berikut:
- Jika anda telah pun mempunyai akaun WhatsApp Messenger, anda boleh memindahkan akaun anda dengan mudah, termasuk sejarah sembang dan media kepada akaun WhatsApp Business baharu anda.
- Sejarah sembang anda tidak boleh dipindahkan kembali kepada WhatsApp Messenger jika anda memutuskan untuk berhenti menggunakan aplikasi WhatsApp Business.
- Anda boleh menggunakan aplikasi WhatsApp Business dan WhatsApp Messenger secara serentak selagi akaun tersebut dipautkan kepada nombor telefon yang berlainan. Anda tidak boleh memautkan satu nombor telefon kepada kedua-dua aplikasi pada masa yang sama.
Untuk menetapkan aplikasi WhatsApp Business:
- Muat turun aplikasi WhatsApp Business daripada Gedung Google Play.
- Sahkan nombor telefon perniagaan anda.
- Pulihkan akaun anda daripada sandaran, jika anda mahu.
- Tetapkan nama perniagaan anda.
- Bina profil anda. Ketik Pilihan lain
> Tetapan > nama perniagaan anda.