Dengan balasan cepat, anda boleh mencipta pintasan papan kekunci untuk mesej yang kerap anda hantar. Anda boleh menggunakan balasan cepat untuk mesej teks atau media, seperti GIF, imej dan video.
Untuk menetapkan balasan cepat:
Tetapkan kata kunci untuk mencarinya dengan cepat.
Nota: Kata kunci amat berguna dalam keadaan tersusun jika anda mempunyai berbilang balasan cepat disimpan pada senarai anda. Anda boleh menambah sehingga tiga kata kunci bagi setiap balasan cepat.
Untuk menggunakan balasan cepat:
Menyusun balasan cepat
Jika anda mempunyai berbilang balasan cepat yang telah diprasetkan, anda boleh menyusun senarai anda mengikut kata kunci dan penggunaan. Kata kunci untuk balasan cepat yang muncul dalam perbualan semasa akan ditunjukkan dahulu, diikuti dengan balasan cepat yang baru digunakan.
Contohnya: Jika anda mempunyai balasan cepat yang telah disimpan untuk tawaran istimewa bulanan, anda boleh menambahkan kata kunci seperti "tawaran" dan "bulanan" pada balasan cepat tersebut. Kini, apabila mesej daripada pelanggan mengandungi salah satu perkataan tersebut, balasan cepat akan disusun pada bahagian atas. Jika berbilang balasan cepat dipadankan berdasarkan kata kunci, ia akan disusun mengikut abjad.
Mengapa saya tidak dapat menyimpan balasan cepat saya?
Terdapat beberapa batasan yang perlu dipertimbangkan ketika menyimpan balasan cepat anda. Ini termasuk:
Nota: Emoji boleh digunakan dalam pintasan dan balasan cepat. Fail media tidak disokong pada versi web. Anda boleh menghantar balasan cepat teks sahaja apabila menggunakan WhatsApp Business di web atau desktop.