Apabila anda sibuk atau berada di luar pejabat, anda boleh menetapkan mesej berada di luar untuk menghantar mesej secara automatik kepada semua kenalan anda atau kenalan tertentu. Anda juga boleh menjadualkan mesej berada di luar untuk dihidupkan secara automatik pada waktu tertentu, sebagai contoh, ketika luar dari waktu perniagaan anda.
Untuk menetapkan mesej berada di luar:
Ketik Lagi opsyen > Alat perniagaan > Mesej berada di luar.
Hidupkan ciri Hantar mesej berada di luar.
Ketik mesej tersebut untuk mengeditnya > OK.
Di bawah Jadual, ketik dan pilih antara:
Sentiasa hantar untuk menghantar mesej automatik pada setiap masa.
Jadual tersuai untuk menghantar mesej automatik hanya pada waktu tertentu.
Di luar waktu perniagaan untuk menghantar mesej automatik hanya di luar waktu perniagaan. Pilihan ini hanya tersedia jika anda telah menetapkan waktu perniagaan dalam profil perniagaan anda. Ketahui caranya dalam artikel ini.
Di bawah Penerima, ketik dan pilih antara:
Semua Orang untuk menghantar mesej automatik kepada semua orang yang menghantar mesej kepada anda selepas waktu perniagaan.
Semua orang yang tiada dalam buku alamat untuk menghantar mesej automatik kepada nombor yang tidak ada dalam buku alamat anda.
Semua orang kecuali... untuk menghantar mesej automatik kepada semua nombor kecuali beberapa yang terpilih.
Hanya hantar kepada... untuk menghantar mesej automatik kepada penerima tertentu.
Ketik Simpan.
Nota: Mesej berada di luar hanya dihantar apabila telefon anda mempunyai sambungan Internet yang aktif.