Jika cap masa yang dipaparkan pada mesej diterima atau masa terakhir dilihat kenalan anda tidak betul, sila semak masa dan konfigurasi zon waktu pada telefon anda. Anda mungkin perlu menyelaraskannya semula.
Kami mengesyorkan anda menetapkan tarikh dan masa ke Automatik atau Disediakan Rangkaian. Dengan mendayakan tetapan ini, pembekal mudah alih anda akan menetapkan telefon anda pada masa yang betul. Jika masa yang salah dipaparkan walaupun dengan tetapan ini didayakan, mungkin terdapat isu dengan rangkaian anda. Sila hubungi pembekal mudah alih anda untuk menyelesaikan isu ini.
Sebagai langkah penyelesaian, sila ubah tetapan tarikh dan masa dan betulkan zon waktu anda secara manual.
Nota: Zone waktu berbeza daripada masa sebenar. Pastikan anda memilih zon waktu yang betul untuk lokasi anda.
Untuk mengkonfigurasikan zon waktu anda secara manual, sila ikut langkah-langkah ini untuk telefon anda: