Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Mengkonfigurasikan pemberitahuan anda

Tetapan pemberitahuan termasuk bunyi untuk sembang masuk bagi perbualan individu dan Sembang Grup, pemberitahuan dalam aplikasi, sepanduk dan prebiu mesej.

Untuk menyesuaikan tetapan pemberitahuan anda:

  1. Buka WhatsApp.
  2. Ketuk Lagi > tetapan > pemberitahuan.
  3. Di sini anda mempunyai pilihan untuk:
    • Menukarkan pemberitahuan ke HIDUP dan MATI untuk sembang grup dan individu.
    • Memilih jika anda ingin melihat pemberitahuan mesej masuk ketika anda menggunakan aplikasi.
    • Menukarkan getaran ke hidup/mati.
    • Memilih jika anda ingin melihat kandungan mesej masuk dipaparkan dalam sepanduk pemberitahuan. Nota: Pilihan ini tidak tersedia untuk Windows Phone 7.
  4. Anda juga boleh mengkonfigurasikan pemberitahuan untuk sembang individu dan Grup Sembang.
    • Buka sembang dan ketuk Lagi > info grup atau info > pemberitahuan tersuai atau senyap.
Pengguna Windows Phone 8.1 sahaja

Dalam Tetapan Windows Phone > sistem > pemberitahuan + tindakan > WhatsApp anda mempunyai pilihan untuk:

  • Mematikan bunyi pemberitahuan untuk semua mesej WhatsApp masuk.
    • Pilih tiada daripada menu juntai bawah dalam Bunyi pemberitahuan.
  • Tunjukkan sepanduk pemberitahuan yang muncul di bahagian atas skrin (pilih atau nyahpilih kotak tersebut).

Nota:

  • Tetapan bunyi pemberitahuan hanya tersedia untuk Windows Phone 8 Kemas kini 3 (GDR 3) dan versi sistem operasi yang lebih baru.
  • Bunyi pemberitahuan yang anda pilih hanya akan bekerja ketika aplikasi sedang berjalan dalam latar belakang.
  • Untuk mengaktifkan tetapan bunyi pemberitahuan sepenuhnya, sila pastikan bahawa tetapan telefon anda tidak diset ke senyap atau getar sahaja.

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp