Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Menggunakan Mesej Suara

Pemesejan Suara membenarkan anda untuk berkomunikasi segera dengan kenalan atau Grup Sembang. Ia memberikan pengalaman sembang yang lebih kaya, dan anda boleh bergantung padanya untuk menghantar mesej-mesej yang penting dan sensitif masa. Oleh sebab itu, semua Mesej Suara dimuat turun secara automatik.

Menghantar Mesej Suara

Untuk menggunakan Mesej Suara, ketuk dan tahan atas ikon mikrofon di sebelah kotak teks.

Ketika merakam dengan Pemesejan Suara, anda boleh leret ke kanan untuk membatalkan rakaman dengan segera.

Satu ciri yang hebat dan inovatif mengenai Pemesejan Suara ialah apabila Mesej Suara anda telah dimainkan pada telefon penerima, ikon mikrofon akan berubah menjadi biru.

Menerima Mesej Suara

Selepas anda menerima Mesej Suara, ketuk atas butang main untuk dengar.

Pegang telefon ke telinga anda supaya mesej dapat dimainkan melalui pembesar suara telefon anda atau pegang telefon jauh daripada kepala anda untuk mendengarnya pada fon pembesar suara.

Mikrofon di sebelah mesej yang belum anda dengar akan berwarna hijau:

Mikrofon di sebelah mesej yang telah anda dengar akan berwarna biru:

Pelajari cara bagaimana menggunakan Pemesejan Suara pada: Android | iPhone | Nokia S40 | BlackBerry | Nokia S60 | BlackBerry 10

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp