Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Menyimpan sejarah sembang anda

Mesej WhatsApp anda disandarkan secara automatik dan disimpan setiap hari pada memori telefon anda. Bergantung pada tetapan anda, anda juga boleh menyandarkan sembang WhatsApp secara berkala ke OneDrive. Jika anda menyahpasang WhatsApp daripada telefon anda, tetapi tidak mahu kehilangan sebarang mesej anda, pastikan untuk membuat sandaran manual atau mengeksport sembang anda sebelum menyahpasang.

Untuk membuat sandaran sembang anda

  1. Buka WhatsApp dan ketuk atas Lagi > tetapan > sembang dan panggilan.
  2. Ketuk sandaran.

Jika anda ingin memulihkan sandaran tersebut, sila baca Soalan lazim ini.

Untuk mengeksport sembang anda

Jika anda ingin menyimpan rekod mesej-mesej anda pada komputer atau dalam emel, anda boleh emel kepada diri sendiri sembang individu. Sila ikuti langkah-langkah ini:

  1. Buka sembang yang ingin anda eksport.
  2. Ketuk Lagi > info atau info grup.
  3. Ketuk Lagi > emel sejarah sembang.

Nota:
* Ia tidak mungkin untuk melampirkan media sembang dalam emel pada masa ini.
* Sejarah sembang anda akan dilampirkan kepada emel yang dijana sebagai fail .txt (Windows Phone 8.1 dan kemudian) atau ditampal ke dalam badan emel (Windows Phone 7 dan 8.0).
* Anda mungkin tidak dapat mengemel seluruh sejarah sembang anda oleh kerana pengehadan saiz Windows Mail. Satu-satunya cara untuk mengeksport mesej-mesej lebih baru ialah dengan memadam mesej-mesej yang lama dan kemudian emel sejarah sembang anda lagi.

Pelajari cara bagaimana menyimpan sejarah sembang pada: Android | iPhone | Nokia S40 | BlackBerry | Nokia S60 | BlackBerry 10

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp