Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Masalah sambungan

Jika anda mengalami sebarang isu berikut, ia adalah mungkin bahawa anda tidak disambungkan ke Internet.

  • Anda mengalami isu untuk menghantar atau menerima mesej atau memuat turun media.
  • Anda melihat jam di sebelah mesej dihantar.
  • Anda mengalami masalah mengemas kini foto profil atau status.

Penyelesaian masalah asas

  1. Sahkan bahawa anda menggunakan WhatsApp Messenger versi terkini daripada Gedung.
  2. Pastikan anda mempunyai pelan data dengan rangkaian pembawa anda atau sambungan Wi-Fi dengan akses Internet yang berfungsi.
    Penting: Untuk menggunakan WhatsApp pada Windows Phone, ia adalah penting untuk mempunyai pelan data. Peranti Wi-Fi sahaja mungkin akan mengalami masalah.
  3. Pastikan peranti anda berada dalam kawasan liputan yang disokong oleh pembawa mudah alih atau rangkaian Wi-Fi anda. Sambungan harus stabil dan boleh dipercayai.
  4. But semula telefon anda (matikan kuasa, tunggu selama 30 saat, hidupkan kuasa).

Penyelesaian masalah lanjutan

Sesetengah pembawa secara amnya mempunyai isu dengan WhatsApp pada Windows Phone, walaupun aplikasi bekerja pada platform yang lain. Jika laman-laman web dan aplikasi lain bekerja tetapi WhatsApp tidak dapat disambungkan, ia adalah mungkin bahawa konfigurasi rangkaian anda tidak membenarkan sambungan jenis (soket atau sambungan bukan HTTP) yang diperlukan untuk WhatsApp.

Sila semak yang berikut:

  • Semak tetapan Access Point Name (APN) pembawa anda. Mungkin terdapat APN berbeza yang dibenarkan oleh pembawa anda untuk sambungan bukan HTTP seperti WhatsApp. Untuk mengetahui cara bagaimana mengubah tetapan APN pada peranti anda, sila lawati sini untuk Windows Phone 7 dan Windows Phone 8. Selepas anda mengubah tetapan APN, sila pastikan untuk membut semula telefon anda supaya perubahan dapat dikuatkuasakan.
  • Jika anda mempunyai telefon Windows Phone yang dibuat oleh Nokia, sila cuba menggunakan aplikasi Persediaan Sambungan daripada Koleksi Nokia dalam Gedung (aplikasi ini mungkin tidak tersedia bagi sesetengah negara).

Untuk isu dengan penerimaan pemberitahuan untuk mesej WhatsApp, baca artikel ini.

Pelajari cara bagaimana bersambung pada: Android | iPhone | Nokia S40 | BlackBerry | Nokia S60 | BlackBerry 10

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp