Pusat Info
ms
Pilih bahasa anda
  • Azərbaycanca
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Melayu
  • Català
  • Česky
  • Dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • Español
  • Français
  • Gaeilge
  • Hrvatski
  • Italiano
  • Kiswahili
  • Latviešu
  • Lietuviškai
  • Magyar
  • Nederlands
  • Norsk
  • Oʻzbekcha
  • Pilipino
  • Polski
  • Português (BR)
  • Português (PT)
  • Română
  • Slovenčina
  • Slovenščina
  • suomi
  • svensk
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • Български
  • Қазақ
  • Македонски
  • Pусский
  • српски
  • Українська
  • ‏עברית‏
  • العربية
  • فارسی
  • اردو
  • বাংলা
  • हिंदी
  • ગુજરાતી
  • ಕನ್ನಡ
  • मराठी
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • മലയാളം
  • ภาษาไทย
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • 한국어
  • WhatsApp Web
  • Ciri-ciri
  • Muat Turun
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Muat Turun
  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
Windows PhoneSekuriti dan Privasi

Keselamatan menggunakan WhatsApp

Keselamatan dan jaminan anda dan mesej anda amat penting bagi kami. Kami ingin anda mengetahui tentang alatan dan ciri yang telah kami reka untuk membantu anda kekal selamat ketika menggunakan WhatsApp. Kami juga menyediakan beberapa pautan kepada sumber lain yang dapat membantu anda untuk kekal selamat ketika berada dalam talian secara umumnya.

Terma Perkhidmatan Kami

Satu cara untuk membantu anda kekal selamat pada WhatsApp ialah melalui Terma Perkhidmatan kami. Terma Perkhidmatan kami mengemukakan aktiviti-aktiviti pada WhatsApp yang dilarang. Sebagai contoh, menghantar kandungan (dalam status, foto profil atau mesej) yang menyalahi undang-undang, lucah, memfitnah, mengancam, menakutkan, mengganggu, membenci, serangan bersifat perkauman dan etnik, atau menghasut atau menggalakkan kelakuan yang menyalahi undang-undang, atau melanggar Terma Perkhidmatan kami secara tidak wajar. Kami akan menyekat pengguna jika kami percaya bahawa pengguna tersebut telah melanggar Terma Perkhidmatan kami.

Untuk maklumat lanjut tentang contoh aktiviti yang melanggar Terma Perkhidmatan kami, sila semak seksyen "Penggunaan Perkhidmatan Kami yang Boleh Diterima" di Terma Perkhidmatan kami.

Alatan

Pada WhatsApp, kami telah menyediakan beberapa kawalan asas yang boleh anda selaraskan sewajarnya untuk membantu anda melindungi diri sendiri:

Kawal siapa yang melihat maklumat anda

Anda boleh menetapkan terakhir dilihat, foto profil dan/atau status anda ke pilihan yang berikut:

Semua Orang: Terakhir dilihat, foto profil dan/atau status anda akan tersedia kepada semua pengguna WhatsApp.

Kenalan Saya: Terakhir dilihat, foto profil dan/atau status anda akan tersedia kepada kenalan daripada buku alamat anda sahaja.

Tiada Sesiapa: Terakhir dilihat, foto profil dan/atau status anda tidak akan tersedia kepada sesiapa pun.

Jika anda menyahtandakan Resit dibaca, anda tidak akan dapat menghantar resit dibaca. Anda juga tidak akan dapat melihat resit dibaca pengguna lain.

Nota: Resit Dibaca akan sentiasa dihantar untuk sembang grup, walaupun anda mematikan pilihan tersebut dalam tetapan privasi anda.

Ketahui lebih lanjut tentang tetapan privasi pada: Android | iPhone | Windows Phone | Nokia S40

Kawal perkara yang anda lihat dan individu yang anda berkomunikasi dengan

Anda boleh menyekat kenalan tertentu daripada berinteraksi dengan anda melalui WhatsApp. Untuk maklumat lanjut tentang cara menyekat/menyahsekat kenalan dan untuk mengetahui perkara yang berlaku apabila anda menyekat kenalan, sila baca artikel ini.

Kawal perkara yang anda kongsi

Anda juga boleh memutuskan perkara yang ingin dikongsi dengan kenalan anda pada WhatsApp, dan kami menggalakkan anda untuk berfikir dengan teliti sebelum anda berkongsi sesuatu. Tanya diri anda sendiri: adakah anda ingin orang lain melihat apa yang telah anda hantar?

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak menyimpan mesej selepas mesej telah dihantar, dalam situasi biasa penyediaan perkhidmatan kami. Selepas mesej telah dihantar melalui WhatsApp, untuk memastikan keselamatan, kerahsiaan dan jaminan bagi mesej yang anda hantar, kami tidak menyimpan mesej tersebut.

Namun, apabila anda berkongsi satu sembang, foto, video, fail atau mesej suara dengan orang lain di WhatsApp, mereka akan mempunyai salinan mesej ini. Mereka akan mempunyai keupayaan untuk berkongsi semula mesej ini dengan orang lain di dalam dan di luar WhatsApp.

WhatsApp juga mempunyai ciri lokasi yang boleh digunakan untuk berkongsi lokasi semasa anda melalui mesej WhatsApp. Anda hanya patut berkongsi lokasi anda dengan orang yang anda percayai.

Ciri keselamatan dan jaminan lanjutan

Laporkan isu kepada WhatsApp

Anda boleh menghantar laporan kepada WhatsApp dengan menghubungi kami dari dalam aplikasi.

  • Pada Android: Pergi ke WhatsApp > Butang Menu > Tetapan > Bantuan > Hubungi kami.
  • Pada iPhone: Hanya pergi ke WhatsApp > Seting > Bantuan > Hubungi Kami.
  • Pada Windows Phone: Hanya pergi ke WhatsApp > lagi > tetapan > perihal > sokongan.

Sila sediakan sebanyak mungkin maklumat.

Penting: Jika anda berasa anda atau orang lain berada dalam bahaya dari segi emosi atau fizikal, sila hubungi pihak penguatkuasaan undang-undang tempatan anda. Mereka dapat membantu dengan lebih baik dalam situasi begini.**

Kami menggalakkan anda untuk melaporkan kandungan yang bermasalah kepada kami. Sila ambil perhatian bahawa untuk memastikan keselamatan, kerahsiaan dan jaminan mesej anda, kami secara umumnya tidak mempunyai kandungan mesej tersedia kepada kami, dan ini mengehadkan keupayaan kami untuk mengesahkan laporan tersebut dan mengambil tindakan.

Apabila perlu, anda boleh mengambil petikan skrin kandungan tersebut dan mengongsinya, bersama dengan sebarang maklumat kenalan yang tersedia, dengan pihak penguatkuasaan undang-undang yang sewajarnya.

Lapor

Apabila anda menerima mesej daripada nombor yang tidak diketahui untuk kali pertama, anda akan mempunyai pilihan untuk melaporkan nombor tersebut terus dari dalam sembang. Seperti biasa, laporan ini akan menghantarkan mesej yang terbaru dalam sembang tersebut kepada WhatsApp.

Anda juga boleh melaporkan kenalan atau grup daripada maklumat profil mereka dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka sembang tersebut.
  2. Ketik pada nama kenalan atau grup untuk membuka maklumat profil mereka.
  3. Skrol ke bawah dan ketik Lapor kenalan atau Lapor grup.
Penyekatan

Kami mungkin akan menyekat akaun jika kami percaya bahawa aktiviti akaun melanggar Terma Perkhidmatan kami. Seperti yang ternyata pada Terma Perkhidmatan kami, kami boleh menyekat anda tanpa notis. Sila ambil perhatian bahawa laporan tentang pengguna yang melanggar Terma Perkhidmatan kami tidak semestinya mengakibatkan kami menyekat pengguna tersebut atau mengambil tindakan ke atas pengguna tersebut.

Sila semak seksyen "Penggunaan Perkhidmatan Kami yang Boleh Diterima" di Terma Perkhidmatan kami dengan teliti untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan WhatsApp yang sesuai dan aktiviti-aktviti yang melanggar Terma Perkhidmatan kami.

Spam dan Penipuan

Kami berusaha keras untuk mengurangkan sebarang mesej spam yang memasuki sistem kami. Menyediakan ruang yang selamat untuk para pengguna berkomunikasi antara satu sama lain adalah keutaaman kami. Namun, seperti SMS atau panggilan telefon biasa, pengguna WhatsApp lain yang mempunyai nombor anda boleh menghubungi anda. Jadi, kami ingin membantu anda mengenal dan mengendalikan mesej spam dan penipuan.

Mesej spam dan penipuan mungkin datang daripada kenalan anda atau bukan kenalan anda. Mesej ini menyebarkan maklumat palsu dan direka untuk menipu anda dan memprom anda untuk bertindak dengan cara tertentu. Jika sesuatu mesej kelihatan mencurigakan atau berbunyi terlalu baik untuk menjadi kenyataan, jangan ketik, kongsi atau majukannya.

Berhati-hati dengan mesej yang:

  • Termasuk ejaan atau tatabahasa yang salah
  • Meminta anda untuk mengetik pada pautan
  • Meminta anda untuk berkongsi maklumat peribadi anda (seperti kad kredit dan nombor akaun bank, tarikh lahir, kata laluan, dan sebagainya).
  • Meminta anda untuk memajukan mesej
  • Meminta anda untuk mengklik pada pautan untuk "mengaktifkan" satu ciri baru
  • Menyatakan bahawa anda perlu membayar untuk menggunakan WhatsApp (WhatsApp adalah aplikasi percuma. Kami tidak akan meminta anda untuk membayar untuk menggunakan WhatsApp dan anda tidak perlu membuat apa-apa untuk menggunakan WhatsApp dengan percuma).

Perkara yang perlu dilakukan

Jika anda menerima mesej daripada nombor yang tidak diketahui, anda akan diberi pilihan untuk melaporkan nombor tersebut kepada WhatsApp terus dari dalam aplikasi.

Jika anda telah menerima spam daripada seorang kenalan, padamkan mesej dan jangan klik pada sebarang pautan atau memberikan maklumat peribadi. Maklumkan kenalan anda bahawa mesej yang telah mereka hantar mengandungi spam dan halakan mereka ke halaman keselamatan WhatsApp ini.

Anda juga boleh menghantar laporan kepada WhatsApp dengan menghubungi kami dari dalam aplikasi.

Sumber tambahan

Jika anda berasa anda atau orang lain berada dalam bahaya, sila hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda.

Jika anda menerima kandungan daripada seseorang yang ingin mencederakan diri sendiri, dan anda bimbang akan keselamatan mereka, sila hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda atau talian penting pencegahan membunuh diri.

Jika anda menerima atau menemui kandungan yang menunjukkan penganiayaan atau eksploitasi kanak-kanak, sila hubungi Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi / National Center for Missing and Exploited Children (NCMEC).

Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab soalan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Laman Utama Pusat Info

WhatsApp

  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Muat Turun
  • WhatsApp Web
  • Perniagaan

Syarikat

  • Tentang
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Berhubunglah
  • Blog

Muat Turun

  • Mac/PC
  • Android
  • iPhone
  • Windows Phone
  • Nokia

Bantuan

  • Pusat Info
  • Twitter
  • Facebook
2019 © WhatsApp Inc.
Terma & Privasi