Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Mengubah nombor telefon anda

Ciri Ubah Nombor membenarkan anda untuk mengubah nombor telefon anda yang dikaitkan dengan akaun WhatsApp pada telefon yang sama. Ciri ini bertujuan untuk digunakan sebelum anda mengesahkan nombor baru anda.

Menggunakan ciri Ubah Nombor dalam WhatsApp akan

  • Memindahkan maklumat akaun anda (termasuk maklumat profil anda), grup dan seting daripada nombor telefon lama anda ke nombor telefon baru anda; dan
  • Memadamkan akaun yang dikaitkan dengan nombor telefon lama anda, supaya kenalan anda tidak dapat lagi melihat nombor telefon lama anda dalam senarai kenalan WhatsApp mereka.

Jika anda menggunakan ciri Ubah Nombor kami, sejarah sembang anda akan terus tersedia pada telefon anda dengan nombor telefon baru asalkan anda terus menggunakan telefon yang sama.

Sila ikuti langkah-langkah ini untuk mengubah nombor telefon akaun anda:

  1. Pergi ke Seting > Akaun > Ubah Nombor.
  2. Masukkan nombor telefon semasa anda ke dalam kotak pertama.
  3. Masukkan nombor telefon baru anda ke dalam kotak kedua.
  4. Ketik Selesai untuk langkah seterusnya.

Sila pastikan kenalan WhatsApp anda mempunyai nombor telefon baru anda disimpan dalam buku alamat telefon mereka untuk memastikan pengalaman pemesejan yang lancar.

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp