Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Menggunakan Mesej Suara

Mesej Suara membenarkan anda untuk menghantar mesej yang dirakam dengan segera. Semua Mesej Suara dimuat turun secara automatik untuk memberikan pengalaman yang paling cekap.

Menghantar Mesej Suara

Untuk menghantar Mesej Suara, ketik dan tahan atas butang Mesej Suara. Pada iPhone, butang Mesej Suara ialah sebuah ikon mikrofon yang mengganti butang hantar pada bar input teks.

Apabila merakam Mesej Suara, anda boleh luncur ke kiri untuk membatalkan dengan segera.

Apabila Mesej Suara anda telah dimainkan pada telefon penerima mesej anda, ikon mikrofon akan berubah warna menjadi biru.

Menerima Mesej Suara

Selepas anda telah menerima Mesej Suara, ketik butang main untuk mendengarnya. Pegang telefon ke telinga anda supaya Mesej Suara dapat dimainkan melalui penerima telefon anda, atau pegang jauh daripada kepala anda untuk mendengar Mesej Suara pada fon pembesar suara. Apabila fon kepala dipalam masuk, Mesej Suara akan sentiasa dimainkan melalui fon kepala anda.

Ikon mikrofon di sebelah Mesej Suara yang belum anda dengar berwarna hijau:

Ikon mikrofon di sebelah Mesej Suara yang telah anda dengar berwarna biru:

Pelajari cara bagaimana menggunakan Mesej Suara pada: Android | Windows Phone | Nokia S40 | BlackBerry | Nokia S60 | BlackBerry 10

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp