Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Adakah ia percuma untuk menghantar mesej melalui WhatsApp?

WhatsApp menggunakan sambungan Internet telefon anda (4G/3G/2G/EDGE atau Wi-Fi, bila tersedia) untuk menghantar dan menerima mesej daripada rakan-rakan dan keluarga anda. Anda tidak perlu membayar untuk setiap mesej. Asalkan anda tidak melebihi had data anda atau anda tersambung ke rangkaian Wi-Fi yang percuma, pembawa anda tidak harus mengenakan caj tambahan untuk menghantar mesej melalui WhatsApp.

Panggilan WhatsApp berfungsi dalam cara yang sama. Pelajari lebih mengenai Panggilan WhatsApp pada: Android | iPhone | Windows Phone | BlackBerry 10

Sila ambil perhatian bahawa:

  • Jika telefon anda dalam rayauan, caj data mudah alih tambahan mungkin akan dikenakan. Pelajari bagaimana mengkonfigurasikan seting rayauan untuk WhatsApp pada: Android | iPhone | Windows Phone | Nokia S40 | BlackBerry | Nokia S60 | BlackBerry 10
  • Jika anda menghantar mesej SMS kepada rakan-rakan anda menjemput mereka untuk menggunakan WhatsApp, caj perkhidmatan daripada pembawa mudah alih anda mungkin juga dikenakan.

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp