Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Peranti BlackBerry 10 manakah yang disokong?

Seperti yang dimaklumkan dalam blog kami, WhatsApp tidak lagi akan disokong pada BlackBerry 10 selepas 31 Disember 2017.

Sehingga tarikh tersebut, kami akan menyokong sebarang peranti BlackBerry 10 yang mempunyai Pelepasan Perisian 10.0.10.82 atau kemudian, juga dikenali sebagai BB Versi OS 10.0.10.648.

Nota: BlackBerry Priv dan DTEK50 adalah peranti Android yang disokong.

Anda boleh menyemak versi BB OS anda dalam tetapan telefon pintar anda: Tetapan Sistem > Mengenai > Kategori: Umum > Pelepasan Perisian.

Jika versi BB OS anda kurang daripada 10.0.10.648, anda perlu menunggu untuk kemaskini perisian dari pembekal mudah alih anda. Secara umum, pembekal perkhidmatan mudah alih anda bertanggungjawab untuk melepaskan kemaskini peranti bagi telefon BlackBerry 10 anda. Untuk mengemaskini secara manual dari tetapan telefon pintar anda:

  1. Buka Tetapan Sistem > Kemaskini Perisian.
  2. Ketik Semak untuk kemaskini.

Nota: Hanya Pelepasan Perisian BlackBerry 10 rasmi sahaja yang disokong. Versi pra-lepas dan versi pembangun mungkin tidak serasi dengan WhatsApp.

Menyelesaikan masalah pemasangan

Jika OS BB anda disokong, tetapi anda masih tidak dapat memasang atau mengemaskini WhatsApp daripada BlackBerry World, sila cuba langkah-langkah penyelesaian masalah berikut:

  1. Padam WhatsApp (jika sudah dipasang).
  2. Buka BlackBerry World.
  3. Leret ke bawah dari bahagian atas skrin, kemudian pergi ke Tetapan > Umum > Segarkan BlackBerry World.
  4. Matikan telefon pintar anda selama 30 saat. Kemudian hidupkannya kembali.
  5. Semak sambungan telefon pintar anda. Untuk bantuan penyelesaian masalah, sila baca artikel ini.
  6. Pastikan anda dapat memasang aplikasi lain daripada BlackBerry World.
  7. Pasang WhatsApp semula.

WhatsApp Beta

WhatsApp Beta adalah versi eksperimen WhatsApp. Versi Beta ini tersedia pada Beta Zone BlackBerry, satu aplikasi yang menyediakan pengguna BlackBerry 10 dengan banyak produk Beta yang direka khususnya bagi telefon pintar mereka.

WhatsApp Beta sering mengandungi pembaikan dan peningkatan yang masih belum wujud dalam versi semasa WhatsApp dalam BlackBerry World.

Jika anda ingin memasang WhatsApp Beta:

  1. Pasang Beta Zone dari BlackBerry World.
  2. Buka Beta Zone > Pilih WhatsApp jika anda melihatnya di bawah tab Tersedia.
  3. Ketik Naik taraf.

Pelajari lebih mengenai peranti yang disokong pada: Android | iPhone | Windows Phone | Nokia S40 | BlackBerry | Nokia S60

Salam, Pasukan Sokongan WhatsApp