Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Memadamkan akaun anda

Anda boleh memadamkan akaun anda dari dalam aplikasi WhatsApp.

Memadamkan akaun anda adalah proses yang tidak dapat dikembalikan, yang kami tidak dapat membatalkan walaupun jika anda melaksanakannya secara tidak sengaja.

Untuk memadamkan akaun WhatsApp anda

  1. Buka WhatsApp.
  2. Ketik Butang Menu > Tetapan > Akaun > Padam akaun saya.
  3. Masukkan nombor telefon anda dalam format antarabangsa lengkap dan ketik Padam akaun saya.
Memadamkan akaun anda akan
  • Memadamkan akaun anda dari WhatsApp.
  • Memadamkan sejarah mesej anda.
  • Memadamkan anda daripada semua grup WhatsApp anda.
  • Memadamkan sandaran Google Drive anda.

Nota: Kami tidak boleh memadamkan akaun anda untuk anda pada masa ini.

Pelajari cara bagaimana memadamkan akaun anda pada: iPhone | Windows Phone | Nokia S40 | BlackBerry | Nokia S60 | BlackBerry 10

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp