Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Bagaimana cara memindahkan sejarah sembang ke telefon Android baru saya?

Anda boleh memindahkan sejarah sembang ke telefon Android baru anda dengan memindahkan sandaran tempatan anda atau memulihkan sandaran anda daripada Google Drive. Sandaran tempatan merujuk kepada sandaran automatik sejarah sembang anda ke folder WhatsApp telefon anda, yang berlaku setiap hari pada jam 2 pagi. Folder ini terletak pada memori dalaman peranti atau kad SD luaran anda. Sandaran Google Drive, jika diaktifkan, merujuk kepada penyimpanan mesej dan media ke akaun Google Drive peribadi anda.

Memindah melalui sandaran tempatan

Langkah-langkah cepat
  1. Sandarkan sembang anda pada telefon lama.
    • Pergi ke WhatsApp > Butang Menu > Tetapan > Sembang dan panggilan > Sandaran sembang.
  2. Pindahkan kad SD luaran anda ke telefon baru jika folder WhatsApp/Database anda terletak dalam memori dalaman peranti anda.
  3. Pasang WhatsApp pada telefon baru anda.
  4. Sahkan bahawa anda mempunyai nombor telefon yang sama seperti masa anda membuat sandaran sembang anda.
  5. Klik Pulihkan apabila diprom untuk memulihkan sejarah mesej anda.

Langkah-langkah terperinci

Untuk memindahkan sandaran tempatan dari satu telefon Android ke telefon Android yang lain, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Untuk bermula, sandarkan secara manual sembang anda yang terkini.
    • Pergi ke WhatsApp > Butang Menu > Tetapan > Sembang dan panggilan > Sandaran sembang.
  2. Seterusnya, pindahkan sandaran ini ke telefon Android baru anda.
    • Jika telefon anda mempunyai kad SD luaran, keluarkan kad SD daripada telefon lama anda, dan letakkan dalam telefon baru anda.
    • Untuk telefon yang mempunyai memori dalaman atau kad SD dalaman (seperti kebanyakan peranti Samsung), anda perlu memindahkan folder /sdcard/WhatsApp/ daripada telefon lama anda ke folder yang sama pada telefon baru anda. Terdapat beberapa cara untuk melakukan ini. Anda boleh menggunakan penjelajah fail atau memindahkan fail sandaran ke komputer anda.
    • Sila ambil perhatian bahawa ia adalah mungkin untuk sesetengah fail hilang semasa proses pemindahan. Sila semak sekali lagi untuk memastikan bahawa semua fail yang ingin anda pindahkan ke telefon baru disertakan dalam sandaran anda.
    • Jika anda tidak pasti mengenai jenis kad SD yang anda miliki, kami mengesyorkan agar anda menyemak spesifikasi telefon anda pada laman web pengeluar telefon anda.
  3. Selepas anda telah memindahkan sandaran anda secara selamat, anda boleh memasang WhatsApp pada telefon Android baru anda.
  4. Semasa proses pemasangan berjalan, WhatsApp akan secara automatik mencari sandaran anda dan meminta anda jika anda ingin memulihkannya. Selepas dipulihkan, sembang lama akan muncul pada telefon baru anda.

Memindah melalui Google Drive

  1. Sandarkan sembang anda secara manual ke Google Drive pada telefon lama anda.
    • Pergi ke WhatsApp > Butang Menu > Tetapan > Sembang dan panggilan > Sandaran sembang > Sandarkan.
  2. Tambahkan akaun Google yang sama, yang telah digunakan untuk membuat sandaran pada telefon lama, pada telefon baru anda. Pastikan juga anda menggunakan nombor telefon yang sama dalam telefon baru.
  3. Pasang WhatsApp pada telefon baru anda.
  4. Selepas mengesahkan nombor telefon yang sama telah digunakan untuk membuat sandaran pada telefon lama, anda akan diprom untuk memulihkan mesej dan media anda daripada Google Drive.
  5. Selepas proses pemulihan selesai, ketik Terus dan sembang anda akan dipaparkan selepas proses pengawalan selesai.
  6. Selepas memulihkan sembang anda, WhatsApp akan mula memulihkan fail media anda.

Nota: Anda tidak boleh memulihkan sejarah sembang daripada jenis telefon yang berbeza ke Android, atau dari Android ke jenis telefon yang berbeza.

Mengalami masalah dengan pengesahan nombor telefon? Sila semak artikel ini.

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp