Pusat Info
ms
Pilih bahasa anda
  • Azərbaycanca
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Melayu
  • Català
  • Česky
  • Dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • Español
  • Français
  • Gaeilge
  • Hrvatski
  • Italiano
  • Kiswahili
  • Latviešu
  • Lietuviškai
  • Magyar
  • Nederlands
  • Norsk
  • Oʻzbekcha
  • Pilipino
  • Polski
  • Português (BR)
  • Português (PT)
  • Română
  • Slovenčina
  • Slovenščina
  • suomi
  • svensk
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • Български
  • Қазақ
  • Македонски
  • Pусский
  • српски
  • Українська
  • ‏עברית‏
  • العربية
  • فارسی
  • اردو
  • বাংলা
  • हिंदी
  • ગુજરાતી
  • ಕನ್ನಡ
  • मराठी
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • മലയാളം
  • ภาษาไทย
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • 한국어
  • WhatsApp Web
  • Ciri-ciri
  • Muat Turun
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Muat Turun
  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
AndroidSembang

Memulihkan sejarah sembang anda

Anda boleh membuat sandaran data WhatsApp anda menggunakan Google Drive atau sandaran setempat. Sandaran setempat akan dicipta secara automatik setiap hari pada pukul 2:00 AM dan akan disimpan sebagai satu fail pada telefon anda.

  • Google Drive
  • Memulihkan atau memindahkan sandaran
  • Penyelesaian masalah isu penyandaran dan pemulihan

Google Drive

Anda boleh membuat sandaran sembang dan media pada Google Drive, jadi jika anda menukar telefon Android anda atau mendapatkan yang baru, sembang dan media anda boleh dipindahkan.

Cara membuat sandaran pada Google Drive:
  1. Buka WhatsApp.
  2. Ketik Menu > Tetapan > Sembang > Sandaran sembang.
    • Anda boleh mengetik SANDARKAN untuk membuat sandaran segera.
    • Anda juga boleh mengetik Sandarkan pada Google Drive untuk menetapkan kekerapan sandaran.
  3. Jika anda belum mempunyai akaun Google yang sudah ditetapkan, ketik Tambah akaun apabila diprom.
  4. Ketik Sandarkan melalui untuk memilih rangkaian yang anda ingin gunakan untuk membuat sandaran. Sila ambil perhatian bahawa sandaran melalui rangkaian data selular boleh menyebabkan caj data tambahan.
Nota penting tentang Google Drive:
  • Sandaran WhatsApp tidak lagi dikira terhadap kuota storan Google Drive. Di samping itu, sandaran WhatsApp yang tidak dikemas kini lebih daripada satu tahun akan dikeluarkan daripada storan Google Drive secara automatik. Untuk mengelakkan kehilangan sebarang sandaran, kami mengesyorkan agar anda menyandarkan data WhatsApp anda.
  • Sandaran yang pertama mungkin mengambil seketika untuk dilengkap. Sila tinggalkan telefon anda tersambung ke sumber kuasa.
  • Anda boleh mengubah kekerapan sandaran sembang anda, akaun Google yang anda gunakan untuk sandaran dan sambungan yang akan digunakan untuk membuat sandaran pada bila-bila masa dengan mengetik Menu > Tetapan > Sembang > Sandaran sembang.
  • Setiap kali anda mencipta sandaran Google Drive dengan menggunakan akaun Google yang sama, sandaran Google Drive yang sebelumnya akan ditulis ganti. Tiada cara untuk memulihkan sandaran Google Drive yang lama.
  • Media dan mesej yang anda sandarkan tidak dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung WhatsApp ketika dalam Google Drive.

Memulihkan atau memindahkan sandaran

WhatsApp akan meminta anda untuk memulihkan sembang dan media daripada sandaran setelah anda mengesahkan nombor anda. Hanya ketik PULIHKAN apabila diprom. Jika WhatsApp tidak mengesan sandaran, ia mungkin kerana:

  • Anda tidak dilog masuk ke dalam akaun Google yang sama.
  • Anda tidak menggunakan nombor telefon yang sama yang telah digunakan untuk mencipta sandaran.
  • Kad SD atau sejarah sembang anda rosak.
  • Fail sandaran tidak wujud pada akaun Google Drive atau secara setempat pada telefon anda.

Nota: Cara yang paling mudah untuk memindahkan data ke telefon baru adalah dengan menggunakan Google Drive. Jika anda ingin menggunakan sandaran setempat, anda perlu memindahkan fail ke telefon baru dengan menggunakan komputer, penjelajah fail atau Kad SD. Jika data anda tidak disimpan pada folder /sdcard/WhatsApp/, anda mungkin akan melihat folder "storan dalaman" atau "storan utama".

Untuk memulihkan sandaran setempat yang lama (bukan yang terkini)

Telefon anda akan menyimpan fail sandaran setempat yang telah dibuat selama tujuh hari sebelum. Google Drive hanya akan mempunyai fail yang terkini. Jika anda ingin memulihkan sandaran setempat yang bukan terkini, anda perlu melakukan berikut:

  1. Muat turun aplikasi pengurus fail.
  2. Dalam aplikasi pengurus fail, navigasi ke sdcard/WhatsApp/Databases. Jika data anda tidak disimpan pada kad SD, anda mungkin akan melihat "storan dalaman" atau "storan utama", dan bukannya kad SD.
  3. Namakan semula fail sandaran yang anda ingin pulihkan daripada msgstore-YYYY-MM-DD.1.db.crypt12 ke msgstore.db.crypt12. Mungkin sandaran awal anda berada pada protokol yang lebih awal, seperti crypt9 atau crypt10. Jangan ubah nombor sambungan crypt.
  4. Nyahpasang dan pasang semula WhatsApp.
  5. Ketik PULIHKAN apabila diprom.

Penyelesaian masalah isu penyandaran dan pemulihan

Untuk masalah berkaitan dengan penciptaan sandaran Google Drive
  • Sahkan bahawa anda telah menambahkan akaun Google pada telefon anda.
  • Sahkan bahawa anda telah memasang perkhidmatan Google Play pada telefon anda.
    • Nota: Perkhidmatan Google Play hanya tersedia pada Android 2.3.4 dan kemudian.
  • Jika anda cuba membuat sandaran melalui rangkaian data selular, pastikan bahawa anda mempunyai data untuk WhatsApp dan perkhidmatan Google Play. Sila hubungi pembekal anda jika anda tidak pasti.
  • Cuba cipta sandaran melalui rangkaian yang lain.
    • Contoh: Cuba bersambung kepada Wi-Fi jika anda tidak dapat membuat sandaran melalui rangkaian data selular.
Untuk masalah berkaitan dengan pemulihan sandaran Google Drive
  • Pastikan anda sedang mencuba untuk memulihkan sandaran dengan menggunakan nombor telefon dan akaun Google yang sama dengan sandaran yang telah dicipta.
  • Pastikan terdapat ruang yang mencukupi pada telefon anda untuk memulihkan sandaran.
  • Pastikan anda mempunyai perkhidmatan Google Play dipasang pada telefon anda.
    • Nota: Perkhidmatan Google Play hanya tersedia pada Android 2.3.4 dan kemudian.
  • Pastikan bahawa bateri anda dicas sepenuhnya atau telefon anda dipalam masuk ke sumber kuasa.
  • Pastikan bahawa telefon anda mempunyai sambungan Internet yang kuat dan stabil. Jika anda tidak dapat memulihkan dengan menggunakan rangkaian data selular, sila cuba sambungkan telefon anda ke Wi-Fi.

Ketahui cara memulihkan mesej pada: iPhone | Windows Phone

Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab soalan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Laman Utama Pusat Info

WhatsApp

  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Muat Turun
  • WhatsApp Web
  • Perniagaan

Syarikat

  • Tentang
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Berhubunglah
  • Blog

Muat Turun

  • Mac/PC
  • Android
  • iPhone
  • Windows Phone
  • Nokia

Bantuan

  • Pusat Info
  • Twitter
  • Facebook
2019 © WhatsApp Inc.
Terma & Privasi