Anda boleh memadamkan mesej untuk semua orang atau hanya untuk diri sendiri.
Untuk memadamkan mesej untuk semua orang
Memadamkan mesej untuk semua orang membenarkan anda untuk memadamkan mesej tertentu yang telah anda hantar sama ada kepada grup atau sembang individu. Ini berguna terutamanya jika anda telah menghantar mesej kepada sembang yang salah atau jika mesej yang anda hantar mengandungi kesalahan.
Mesej yang anda berjaya padam untuk semua orang akan digantikan dengan _"Mesej ini telah dipadamkan"_ dalam sembang penerima anda (*). Begitu juga, jika anda melihat _"Mesej ini telah dipadamkan"_ dalam sembang, ini bermakna penghantar tersebut telah memadam mesej mereka untuk semua orang.
Untuk memadam mesej untuk semua orang:
- Buka WhatsApp dan pergi ke sembang yang mengandungi mesej yang ingin anda padam.
- Ketik dan tahan mesej > pilih Padam
daripada menu. Sebagai pilihan, ketik lebih banyak mesej untuk memadamkan berbilang mesej sekali gus.
- Jika diprom> ketik Lagi
> pilih Padam daripada menu.
- Ketik Padam
> Padam untuk Semua Orang.
Nota:
- Agar mesej berjaya dipadamkan untuk semua orang, anda dan penerima anda mesti menggunakan versi WhatsApp yang terkini pada Android, iPhone atau Windows Phone.
- (*) Ciri ini tidak disokong jika anda atau penerima anda tidak menggunakan versi WhatsApp yang terkini pada Android, iPhone atau Windows Phone.
- Penerima mungkin dapat melihat mesej anda sebelum mesej dipadamkan atau jika pemadaman tidak berjaya.
- Anda tidak akan diberitahu jika pemadaman untuk semua orang tidak berjaya.
- Anda hanya mempunyai kira-kira satu jam selepas anda menghantar mesej untuk Padamkan untuk Semua Orang.
Untuk memadam mesej untuk diri sendiri
Memadamkan mesej untuk diri sendiri membenarkan anda untuk memadamkan salinan mesej anda yang telah anda hantar atau terima daripada telefon anda. Ini tidak menjejaskan sembang penerima anda. Penerima anda masih akan melihat mesej tersebut pada skrin sembang mereka. Untuk memadam mesej untuk diri sendiri:
- Buka WhatsApp dan pergi ke sembang yang mengandungi mesej yang ingin anda padam.
- Ketik dan tahan mesej > pilih Padam
daripada menu. Sebagai pilihan, ketik lebih banyak mesej untuk memadamkan berbilang mesej sekali gus.
- Jika diprom> ketik Lagi
> pilih Padam daripada menu.
- Ketik Padam
> Padam untuk Saya.
Nota: Sila ambil perhatian bahawa kami tidak dapat memadamkan mesej untuk anda kerana kami tidak menyimpan mesej pada pelayan kami setelah mesej disampaikan.
Ketahui cara memadamkan mesej pada: Android | Windows Phone