Ciri Minta Maklumat Akaun membenarkan anda untuk meminta dan mengeksport laporan maklumat dan tetapan akaun WhatsApp anda. Contoh maklumat ini termasuk foto profil dan nama grup anda.
Sila ambil perhatian bahawa laporan tersebut tidak termasuk mesej anda. Sebaliknya, jika anda ingin mengeksport sejarah sembang, anda boleh mempelajari caranya dalam Pusat Bantuan kami.
Laporan anda akan tersedia kira-kira 3 hari selepas tarikh anda memintanya. Anda boleh merujuk kepada tarikh Siap pada semasa menunggu laporan anda.
Nota: Sementara permintaan laporan anda belum siap, tindakan akaun tertentu, termasuk memadamkan akaun anda, mengubah nombor atau peranti anda atau mendaftarkan semula akaun anda, akan membatalkan permintaan anda. Sekiranya permintaan anda dibatalkan, anda boleh meminta laporan lain.
Apabila laporan tersedia, anda akan menerima pemberitahuan WhatsApp di telefon anda yang menyatakan: Laporan maklumat akaun anda siap untuk dimuat turun.
Skrin Minta maklumat akaun dalam aplikasi akan memberitahu anda jumlah masa yang diperlukan untuk memuat turun laporan (kira-kira beberapa minggu) sebelum ia dipadamkan daripada pelayan kami.
Untuk memuat turun laporan anda:
Anda tidak akan dapat melihat laporan yang dimuat turun dalam WhatsApp. Pilih mana-mana aplikasi luaran yang muncul dalam dulang kongsi anda untuk mengeksport laporan. Sebagai contoh, anda boleh menghantarkan emel salinan laporan kepada diri anda sendiri. Oleh kerana laporan tersebut mempunyai maklumat peribadi anda, anda harus berhati-hati semasa menyimpan, menghantar atau memuat naik ke sebarang perkhidmatan lain.
Setelah diminta, anda tidak boleh membuat asal atau membatalkan permintaan laporan anda yang belum selesai.
Selepas anda memuat turun laporan anda ke telefon anda, anda akan mempunyai pilihan untuk memadam salinan yang dimuat turun daripada telefon anda secara kekal. Memadamkan laporan tidak akan memadamkan sebarang data akaun anda.