Jika anda ingin mencipta pelekat anda sendiri untuk WhatsApp, anda boleh pakejkan pelekat anda pada apl Android atau iOS. Anda boleh menerbitkan apl pelekat anda seperti apl lain di Gedung Play Google atau App Store Apple, dan para pengguna yang memuat turun dan memasang apl anda akan dapat mula menghantar pelekat tersebut terus daripada WhatsApp. Pelekat pada WhatsApp mestilah sah, dibenarkan dan boleh diterima. Ketahui lebih lanjut tentang penggunaan perkhidmatan kami yang boleh diterima daripada Terma Perkhidmatan kami.
Kami telah menyediakan apl sampel serta kod untuk Android dan iOS yang menyediakan cara yang mudah untuk anda menyerahkan seni pelekat anda dan membina apl dengan pembangunan atau pengalaman mengekod yang minimal. Pembangun yang berpengalaman boleh juga membangunkan apl pelekat yang pelbagai menggunakan set API dan antara muka yang disokong oleh WhatsApp. Sila baca tentang keperluan untuk mereka pelekat anda sendiri di bawah dan rujuk pada fail README berkaitan apl sampel untuk set lengkap keperluan dan petua yang anda perlukan untuk membangunkan apl pelekat anda.
Nota: Untuk mematuhi garis panduan App Store Apple apabila membangunkan apl pelekat iOS, pastikan anda mencipta antara muka pengguna unik (UI) dengan penggayaan anda sendiri dan jangan gunakan UI apl sampel kami.
Untuk mencipta seni pelekat anda sendiri, pelekat anda mestilah memenuhi syarat tersebut:
Anda juga mesti menyediakan ikon yang akan digunakan untuk mewakili pek pelekat anda dalam pemilih atau dulang pelekat WhatsApp. Imej ini mestilah bersaiz 96x96 piksel dan kurang daripada 50 KB. Lihat fail README yang berkaitan dengan apl sampel untuk petua mengurangkan saiz ikon dulang anda.
Di samping syarat di atas, kami mengesyorkan yang berikut apabila anda mereka pelekat anda:
#FFFFFF
8 piksel pada bahagian luar setiap pelekat. Lihat ini fail Photoshop (PSD) sampel.Untuk maklumat tentang syarat format fail dan alat yang boleh digunakan untuk menukar seni pelekat anda kepada format fail yang sepatutnya, lihat fail README yang berkaitan dengan apl sampel.
Jika anda mempunyai pertanyaaan atau masalah khususnya untuk mencipta pelekat, sila hantar e-mel kepada kami di developers@support.whatsapp.com. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah lain, sila hubungi kami di WhatsApp dengan pergi ke Seting > Bantuan > Hubungi Kami.
Pelekat tersedia pada WhatsApp versi Android dan iOS yang terkini. Jika anda tidak melihat pelekat, sila pastikan WhatsApp dikemas kini. Ketahui cara menggunakan pelekat pada: Android | iPhone