Cara mengedit profil anda
Mengedit foto profil anda
- Buka WhatsApp.
- Tekan Pilihan > Tetapan > Profil.
- Pilih Foto profil.
- Jika anda:
- Mempunyai foto profil: Tekan LAGI. Anda boleh memilih Lihat untuk melihat foto anda, Edit untuk mengambil foto baharu dengan Kamera atau memilih foto daripada Galeri atau Alih keluar foto anda.
- Tidak mempunyai foto profil: Tekan TAMBAH. Anda boleh mengambil foto dengan Kamera atau memilih foto daripada Galeri.
Mengedit nama profil anda
- Buka WhatsApp.
- Tekan Pilihan > Tetapan > Profil.
- Pilih Nama.
- Tekan EDIT, kemudian masukkan nama baharu anda.
- Had nama ialah 25 aksara.
- Tekan Simpan.
Nama profil anda akan kelihatan kepada pengguna dalam grup yang tidak mempunyai maklumat hubungan anda disimpan pada buku alamat telefon mereka.
Mengedit maklumat perihalan anda
- Buka WhatsApp.
- Tekan Pilihan > Tetapan > Profil.
- Pilih Perihalan.
- Tekan EDIT, kemudian masukkan maklumat perihalan baharu anda.
- Had maklumat perihalan ialah 139 aksara.
- Maklumat perihalan anda tidak boleh kosong.
- Tekan Simpan.
Nota:
- Anda boleh menukar tetapan privasi anda untuk mengawal individu yang dapat melihat foto profil dan maklumat perihalan anda.
- Jika anda menyekat kenalan, individu tersebut tidak akan dapat melihat sebarang pengemaskinian foto profil atau maklumat perihalan anda.
Sumber berkaitan:
- Cara mengedit profil anda pada: Android | iPhone | Web dan Desktop
- Cara menukar tetapan privasi anda
- Cara menukar tetapan privasi grup anda