Pusat Info
Pilih bahasa anda
  • azərbaycan
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Melayu
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • Filipino
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • العربية
  • فارسی
  • اردو
  • বাংলা
  • हिन्दी
  • ગુજરાતી
  • ಕನ್ನಡ
  • मराठी
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • 한국어
  • WhatsApp Web
  • Ciri-ciri
  • Muat Turun
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Muat Turun
  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
iPhonePanggilan Suara dan Video

Cara membuat panggilan video

Ciri panggilan video membenarkan anda membuat panggilan video kepada kenalan anda menggunakan WhatsApp.

Membuat panggilan video

  1. Buka sembang individu dengan kenalan yang ingin anda buat panggilan video.
  2. Ketik Panggilan Video.

Sebagai alternatif, buka WhatsApp, kemudian ketik tab Panggilan > Panggilan Baharu. Cari kenalan yang anda ingin buat panggilan video, kemudian ketik Panggilan Video.

Menerima panggilan video

Jika telefon anda dikunci, anda akan menerima pemberitahuan Panggilan video masuk... daripada WhatsApp apabila seseorang membuat panggilan video kepada anda. Anda boleh:

  • Leret pemberitahuan ke kiri, kemudian ketik Lihat > Terima.
    • Sebagai alternatif, anda boleh meleret pemberitahuan ke kanan untuk menerima panggilan.
  • Leret pemberitahuan ke kiri, kemudian ketik Lihat > Tolak.
  • Leret pemberitahuan ke kiri, kemudian ketik Lihat > Mesej untuk menolak panggilan dengan mesej ringkas.

Jika telefon anda tidak dikunci, tetapi anda tidak berada dalam WhatsApp, anda akan menerima pemberitahuan Panggilan video masuk... daripada WhatsApp apabila seseorang membuat panggilan video kepada anda. Anda boleh:

  • Leret pemberitahuan ke bawah, kemudian ketik Terima atau ketik pemberitahuan untuk menerima panggilan.
  • Tarik pemberitahuan ke bawah, kemudian ketik Tolak.
  • Tarik pemberitahuan ke bawah, kemudian ketik Mesej untuk menolak panggilan dengan mesej ringkas.

Jika telefon anda tidak dikunci dan anda berada dalam WhatsApp, anda akan melihat skrin Panggilan video WhatsApp masuk apabila seseorang membuat panggilan video kepada anda. Anda boleh mengetik:

  • Terima
  • Tolak
  • Ingatkan Saya, kemudian pilih jika anda ingin diingatkan Dalam 1 jam atau Apabila saya keluar.
  • Mesej untuk menolak panggilan dengan mesej ringkas.

Menukar daripada panggilan video kepada panggilan suara

  1. Ketika berada dalam panggilan video, ketik Matikan Video, untuk memberitahu kenalan yang sedang berada dalam panggilan video dengan anda.
  2. Selepas kenalan mematikan video mereka, panggilan tersebut akan bertukar kepada panggilan suara.

Menukar daripada panggilan suara kepada panggilan video

  1. Ketika berada dalam panggilan suara, ketik panggilan video > Tukar.
  2. Kenalan yang berada dalam panggilan suara dengan anda akan melihat permintaan untuk menukar kepada panggilan video dan boleh menerima atau menolak penukaran tersebut.

Nota: Pastikan anda dan kenalan anda mempunyai sambungan Internet yang kukuh apabila membuat atau menerima panggilan video grup. Kualiti panggilan video bergantung kepada kenalan yang mempunyai sambungan yang paling lemah.

Sumber berkaitan:

  • Cara membuat panggilan video grup pada: Android | iPhone
  • Cara membuat panggilan video pada Android
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab soalan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Pusat Info

WhatsApp

  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Muat Turun
  • WhatsApp Web
  • Perniagaan
  • Privasi

Syarikat

  • Perihal
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Berhubunglah
  • Blog
  • Cerita WhatsApp

Muat Turun

  • Mac/PC
  • Android
  • iPhone

Bantuan

  • Pusat Info
  • Twitter
  • Facebook
  • Koronavirus
2021 © WhatsApp LLC
Terma & Privasi