Jika anda tidak dapat bersambung kepada WhatsApp, ini biasanya disebabkan oleh masalah dengan sambungan Internet atau seting telefon anda. Anda mungkin tidak perlu memadam dan memasang semula WhatsApp.
Penyelesaian masalah
Kebanyakan isu penyambungan boleh diselesaikan dengan melakukan yang berikut:
- Mulakan semula telefon anda dengan mematikan dan menghidupkan ia semula.
- Kemas kini WhatsApp kepada versi terkini yang tersedia pada App Store Apple.
- Buka Seting iPhone
dan hidupkan kemudian matikan Mod Pesawat. - Buka Seting iPhone
> ketik Selular dan hidupkan Data Selular. - Buka Seting iPhone
> ketik Wi-fi dan matikan kemudian hidupkan Wi-fi. - Cuba bersambung melalui hotspot Wi-fi yang lain.
- Pastikan bahawa Wi-fi kekal hidup semasa mod tidur.
- But semula penghala Wi-fi anda.
- Hubungi pembekal mudah alih anda dan pastikan seting APN anda dikonfigurasikan dengan betul.
- Buka Seting iPhone
> ketik Umum > Set semula > Set Semula Seting Rangkaian > Set Semula Seting Rangkaian. (Ini akan memadamkan semua kata laluan Wi-fi yang disimpan). - Naik taraf atau pulihkan sistem operasi iPhone anda kepada versi terkini yang tersedia untuk telefon anda.
- Jika anda menggunakan iPhone yang tidak dikunci atau kad SIM prabayar, anda mungkin perlu melaraskan seting APN telefon untuk kad SIM anda. Hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk butiran dan arahan lanjut.
- Jika anda mengalami masalah untuk bersambung kepada WhatsApp ketika bersambung melalui rangkaian Wi-fi yang tidak biasa digunakan, sila hubungi pentadbir rangkaian.
- Pastikan sambungan anda tidak menggunakan rangkaian Wi-fi terurus, seperti rangkaian di pejabat atau kampus universiti anda. Rangkaian anda mungkin dikonfigurasikan untuk menyekat atau mengehadkan penyambungan.
- WhatsApp tidak direka untuk digunakan bersama proksi atau perkhidmatan VPN, maka kami tidak dapat menyediakan sokongan untuk konfigurasi tersebut.
- Matikan perayauan.
Bagi isu penerimaan pemberitahuan untuk mesej WhatsApp, sila baca artikel ini.