Cara menyekat dan melaporkan kenalan
Anda boleh berhenti menerima mesej, panggilan dan pengemaskinian status daripada kenalan tertentu dengan menyekat mereka. Anda juga boleh melaporkan mereka jika anda rasa mereka menghantar kandungan bermasalah atau spam.
Menyekat kenalan
- Buka Seting WhatsApp > Akaun > Privasi > Disekat > Tambah Baharu....
- Cari kenalan yang ingin disekat, kemudian ketik pada kenalan tersebut.
Berikut adalah beberapa pilihan alternatif untuk menyekat kenalan:
- Buka sembang dengan kenalan tersebut, kemudian ketik pada nama kenalan > Sekat Kenalan > Sekat atau Lapor Kenalan > Lapor dan Sekat, yang akan melaporkan dan menyekatkan nombor tersebut.
- Leret ke kiri sembang dengan kenalan tersebut dalam tab Sembang anda, kemudian ketik Lagi > Info Kenalan > Sekat Kenalan > Sekat atau Lapor Kenalan > Lapor dan Sekat, yang akan melaporkan dan menyekatkan nombor tersebut.
Menyekat nombor telefon yang tidak dikenali
Anda mempunyai beberapa pilihan untuk menyekat nombor telefon yang tidak dikenali:
- Jika ini adalah kali pertama anda dihubungi oleh nombor telefon tersebut, anda boleh membuka sembang dan mengetik Sekat > Sekat.
- Buka sembang dengan nombor telefon yang tidak dikenali, kemudian ketik pada nombor telefon > Sekat Kenalan > Sekat atau Lapor Kenalan > Lapor dan Sekat, yang akan melaporkan dan menyekatkan nombor tersebut.
Nota:
- Kenalan yang disekat tidak lagi akan dapat menghubungi atau menghantar mesej kepada anda.
- Maklumat terakhir dilihat, dalam talian, pengemaskinian status, dan sebarang perubahan yang dibuat kepada foto profil anda tidak lagi dapat dilihat oleh kenalan yang telah anda sekat.
- Menyekat kenalan tidak akan mengalih keluar mereka daripada senarai kenalan anda, ia juga tidak akan mengalih keluar anda daripada senarai pada telefon kenalan. Untuk memadamkan kenalan, anda mesti memadamkan kenalan tersebut daripada buku alamat telefon anda.
- Jika anda berasa bimbang kenalan yang disekat akan tahu jika anda menyekat mereka, sila baca artikel ini.
Mengenyahsekat kenalan
- Ketik Seting > Akaun > Privasi > Disekat.
- Leret ke kiri pada nama kenalan.
- Sebagai alternatif, ketik Edit > ikon tolak berwarna merah.
- Ketik Nyahsekat.
Berikut adalah beberapa pilihan alternatif untuk mengenyahsekat kenalan:
- Buka sembang dengan kenalan tersebut, kemudian ketik pada nama kenalan > Nyahsekat Kenalan.
- Leret ke kiri sembang dengan kenalan tersebut dalam tab Sembang anda, kemudian ketik Lagi > Info Kenalan > Nyahsekat Kenalan.
Nota: Jika anda mengenyahsekat kenalan, anda tidak akan menerima sebarang mesej, panggilan, dan pengemaskinian status yang dihantar oleh kenalan tersebut ketika tempoh mereka disekat.
Melaporkan kenalan
- Buka sembang dengan pengguna yang ingin dilaporkan.
- Ketik nama kenalan, kemudian ketik Lapor Kenalan.
- Ketik Lapor Dan Sekat.
Nota: Setelah laporan dibuat, WhatsApp akan menerima mesej terbaharu yang dihantarkan kepada anda oleh pengguna atau grup yang dilaporkan, berserta dengan maklumat tentang interaksi terkini anda dengan mereka.
Melaporkan foto atau video sekali paparan
- Buka foto atau video sekali paparan.
- Ketik Lagi
di sudut bawah. - Ketik Laporkan Kenalan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri sekali paparan, baca artikel ini.