WhatsApp untuk iPhone memerlukan iOS 10 atau lebih baharu.
Untuk pengalaman yang terbaik, kami mengesyorkan agar anda menggunakan iOS versi terkini yang tersedia untuk telefon anda. Sila lawati laman web Sokongan Apple untuk mengetahui cara mengemas kini perisian iPhone anda.
Kami tidak mengehadkan dengan jelas penggunaan peranti yang telah digodam (jailbroken) atau dibuka kunci. Namun, oleh kerana pengubahsuaian ini mungkin menjejaskan fungsi peranti anda, kami tidak dapat memberikan sokongan untuk peranti yang menggunakan sistem operasi iPhone yang telah diubah suai.