Tidak dapat melihat kenalan
Untuk pengalaman terbaik, kami mengesyorkan agar anda membenarkan WhatsApp mengakses kenalan anda.
Mendayakan akses kepada kenalan anda
- Pergi ke
iPhone Seting > Privasi. - Ketik Kenalan.
- Pastikan WhatsApp dihidupkan.
Sekiranya WhatsApp dikelabukan atau tidak muncul dalam seting privasi, pastikan anda tidak mempunyai sebarang sekatan disetkan dalam
Jika anda menolak WhatsApp mengakses kenalan telefon anda, anda masih akan dapat:
- Menerima mesej daripada pengguna dan grup WhatsApp lain.
- Mengubah seting WhatsApp.
Anda tidak akan dapat:
- Melihat mana-mana nama kenalan dan hanya akan melihat nombor telefon.
- Memulakan Grup atau Senarai Siaran baharu.
Kenalan tidak kelihatan
Jika anda tidak dapat melihat sesetengah kenalan anda pada WhatsApp, cuba yang berikut:
Untuk kenalan antarabangsa:
- Pastikan anda telah menambahkan nombor telefon yang betul dalam format antarabangsa lengkap.
Jika anda sedang menggunakan iOS versi 11.3 atau kemudian, dan kenalan yang tidak kelihatan disimpan pada akaun Exchange, pentadbir akaun anda mungkin tidak membenarkan WhatsApp atau aplikasi lain untuk mengakses kenalan anda. Anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan:
- Menyalin kenalan Exchange anda ke dalam buku alamat telefon anda atau iCloud.
- Meminta pentadbir IT anda untuk menjadikan WhatsApp aplikasi terurus dalam iPhone anda.
Nota:
- Akaun Exchange berkemungkinan merupakan akaun kerja.