Cara menggunakan lokasi langsung
Ciri lokasi langsung membenarkan anda berkongsi lokasi masa nyata anda untuk tempoh masa tertentu dengan peserta sembang individu atau grup. Anda boleh mengawal tempoh masa dan sama ada anda mahu kongsikan lokasi langsung anda. Anda juga boleh berhenti berkongsi lokasi langsung anda pada bila-bila masa. Setelah perkongsian dihentikan atau tamat masa, lokasi langsung anda tidak lagi akan dikongsikan. Individu yang anda kongsikan lokasi langsung akan terus melihat lokasi yang anda kongsikan sebagai imej kecil statik, dan boleh mengetik pada imej tersebut untuk melihat lokasi terakhir anda yang dikemas kini.
Ciri ini disulitkan dari hujung ke hujung, yang bermaksud tiada siapa yang dapat melihat lokasi langsung anda kecuali dengan orang yang anda kongsikan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keselamatan anda di WhatsApp, sila lawati Keselamatan WhatsApp. Anda juga boleh membaca Dasar Privasi kami untuk maklumat lanjut tentang amalan privasi WhatsApp.
Mengongsi lokasi langsung anda
- Dayakan keizinan lokasi untuk WhatsApp pada Seting
telefon anda dengan mengetik Privasi > Perkhidmatan Lokasi > WhatsApp > Sentiasa. Sebagai alternatif, pergi ke Seting telefon anda > WhatsApp > Lokasi > Sentiasa. - Buka sembang individu atau grup.
- Ketik Lampirkan
> Lokasi > Kongsi Lokasi Langsung. - Pilih tempoh masa anda ingin mengongsikan lokasi langsung anda. Lokasi langsung anda akan berhenti dikongsikan selepas tempoh masa yang dipilih.
- Sebagai pilihan, tambah komen.
- Ketik Hantar
.
Menghentikan perkongsian lokasi langsung anda
Menghentikan perkongsian lokasi langsung anda dalam sembang individu atau grup tertentu
- Buka sembang individu atau grup tersebut.
- Ketik Berhenti Berkongsi > Berhenti Berkongsi.
Menghentikan perkongsian lokasi langsung anda dalam sembang individu atau grup
- Pergi ke Seting WhatsApp > Akaun > Privasi > Lokasi Langsung.
- Ketik Berhenti Berkongsi > Berhenti Berkongsi.
Nota:
- Anda boleh menyahdayakan keizinan lokasi untuk WhatsApp pada bila-bila masa dengan pergi ke Seting
telefon anda > Privasi > Perkhidmatan Lokasi > WhatsApp > Sekali-kali Tidak. - Sebagai alternatif, pergi ke Seting telefon anda
> WhatsApp > Lokasi > Sekali-kali Tidak.
Sumber berkaitan:
Cara menggunakan lokasi langsung pada: Android