Pemesejan suara WhatsApp membenarkan anda untuk berkomunikasi segera dengan kenalan dan grup. Anda boleh menggunakannya untuk menyampaikan maklumat yang penting dan sensitif masa. Oleh sebab itu, semua mesej suara dimuat turun secara automatik.
Menghantar mesej suara
Buka sembang individu atau grup.
Ketik dan tahan mikrofon dan mula bercakap.
Selepas selesai bercakap, alihkan jari anda daripada mikrofon. Mesej suara akan dihantar secara automatik.
Apabila merakam mesej suara, anda boleh luncur untuk membatalkannya.
Merakam mesej suara yang lebih panjang
Buka sembang individu atau grup.
Ketik dan tahan mikrofon dan mula bercakap.
Luncur ke atas untuk mengunci rakaman bebas tangan.
Selepas selesai, ketik Hantar untuk menghantar mesej tersebut.
Ketika merakam mesej suara yang lebih panjang, anda boleh mengetik Batal untuk membatalkannya.
Nota: Pada sesetengah telefon, anda mungkin perlu menunggu sebentar sebelum bercakap jika bahagian awal mesej anda tidak dirakam.
Pada mesej suara yang dihantar, anda akan melihat:
Mikrofon kelabu pada mesej suara yang belum dimainkan oleh penerima anda.
Mikrofon biru pada mesej suara yang sudah dimainkan oleh penerima anda.