Cara menghantar mesej suara
Pemesejan suara WhatsApp membenarkan anda untuk berkomunikasi segera dengan kenalan dan kumpulan. Anda boleh menggunakan ciri ini untuk menyampaikan maklumat yang penting dan sensitif masa. Oleh sebab itu, semua mesej suara dimuat turun secara automatik.
Menghantar mesej suara
- Buka sembang individu atau sembang kumpulan.
- Ketik dan tahan mikrofon
dan mula bercakap. - Selepas selesai bercakap, alihkan jari anda daripada mikrofon
. Mesej suara akan dihantar secara automatik.
Semasa merakamkan mesej suara, anda boleh luncurkan untuk membatalkan
Merakam mesej suara yang lebih panjang
- Buka sembang individu atau sembang kumpulan.
- Ketik dan tahan mikrofon
dan mula bercakap. - Luncur ke atas untuk mengunci rakaman bebas tangan.
- Selepas selesai, ketik Hantar
untuk menghantar mesej.
Ketika merakamkan mesej suara yang lebih panjang, anda boleh mengetik Batal untuk membatalkan rakaman. Anda juga boleh mengetik butang jeda merah
Nota: Pada sesetengah telefon, anda mungkin perlu menunggu sebentar sebelum bercakap jika bahagian awal mesej anda tidak dirakamkan.
Pada mesej suara yang dihantar, anda akan melihat:
- Mikrofon kelabu
untuk mesej suara yang belum dimainkan oleh semua penerima (tetapi mungkin telah dimainkan oleh beberapa orang). - Mikrofon biru
untuk mesej suara yang telah dimainkan oleh semua penerima.