Cara menghantar media
Menghantar media, dokumen, lokasi atau kenalan
- Buka sembang individu atau kumpulan.
- Ketik Lampirkan
. Kemudian, ketik:- Kamera untuk mengambil foto atau video baharu dengan kamera anda. Nota: Video yang dirakam menggunakan WhatsApp terhad kepada 16MB.
- Pustaka Foto & Video untuk memilih foto atau video daripada Foto atau album iPhone anda. Selepas memilih foto atau video, ketik Tambah
di sudut kiri bawah untuk memilih berbilang foto atau video sekali gus. - Dokumen untuk memilih dokumen daripada iCloud Drive atau aplikasi lain seperti Google Drive, Dropbox, dan sebagainya. Nota: Penghantaran dokumen hanya tersedia bagi pengguna iOS 10 dan lebih baharu. Saiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 100 MB.
- Lokasi untuk menghantar lokasi anda atau tempat berdekatan.
- Kenalan untuk menghantar maklumat kenalan. Secara lalai, semua butiran yang disimpan pada buku alamat telefon untuk kenalan yang dipilih akan dikongsikan. Ketik item pada skrin Kongsikan Kenalan untuk mengenyahpilih maklumat yang tidak ingin dikongsikan.
- Anda juga boleh menambahkan kapsyen pada foto dan video. Bertukar antara foto untuk menambahkan kapsyen pada setiap foto.
- Ketik Hantar
.
Anda juga boleh berkongsi pautan video Facebook atau Instagram, dan penerima boleh memainkan video ini terus daripada WhatsApp. Pratonton akan dipaparkan selepas anda menampal pautan pada sembang anda.
Nota: Untuk menghantar media, dokumen, pautan, lokasi atau kenalan, anda perlu memberikan kebenaran kepada aplikasi untuk mengakses Perkhidmatan Lokasi, Kenalan, Foto dan Kamera dalam Seting > Privasi iPhone anda.
Memajukan media, dokumen, lokasi atau kenalan
- Buka sembang individu atau kumpulan.
- Ketik dan tahan jenis mesej yang ingin dimajukan, kemudian ketik Majukan. Anda boleh memilih berbilang mesej.
- Ketik Majukan
. - Pilih sembang yang ingin anda majukan mesej tersebut, kemudian ketik Majukan.
Apabila anda memajukan media, dokumen, lokasi atau kenalan, anda tidak perlu memuat naik semula. Mesej yang dimajukan yang asalnya tidak dihantar oleh anda akan dipaparkan dengan label "Dimajukan".
Nota: Kapsyen tidak akan dimajukan bersama dengan media.