Gunakan ciri pemajuan untuk memajukan mesej daripada sembang individu atau grup kepada sembang individu atau grup yang lain. Mesej yang dimajukan akan ditandakan dengan label “Dimajukan”, yang akan membantu anda mengetahui jika rakan atau ahli keluarga anda telah menulis mesej yang dihantar atau jika asal mesej itu adalah daripada orang lain.
Apabila anda memajukan mesej, anda boleh berkongsi dengan sehingga lima sembang sekali gus. Apabila mesej sudah dimajukan berkali-kali, ia hanya dapat dimajukan kepada satu sembang pada satu masa.
Memajukan mesej
Dalam sembang individu atau grup, ketik dan tahan mesej yang ingin anda majukan, kemudian ketik Majukan.
Untuk memajukan berbilang mesej, anda boleh memilih mesej tambahan selepas anda memilih mesej pertama.
Ketik Majukan.
Cari atau pilih sembang individu atau grup yang ingin anda majukan mesej tersebut.
Ketik Majukan.
Nota:
Anda juga boleh memajukan media, lokasi atau kenalan supaya anda tidak perlu memuat naiknya semula.
Sebarang mesej yang anda majukan yang tidak berasal daripada anda sendiri akan ditandakan dengan label "Dimajukan" kepada anda dan mana-mana penerima yang menerima mesej tersebut.