Anda boleh mengedit foto profil, nama dan maklumat perihalan dalam Seting WhatsApp.
Mengedit foto profil anda
- Pergi ke Seting WhatsApp.
- Ketik foto profil anda.
- Jika anda:
- Tidak mempunyai foto profil: Ketik tambah foto. Anda boleh Ambil Foto atau Pilih Foto.
- Mempunyai foto profil: Ketik Edit > Edit. Anda boleh Padam Foto, Ambil Foto atau Pilih Foto.
Mengedit nama profil anda
- Pergi ke Seting WhatsApp.
- Ketik foto profil anda, kemudian ketik nama anda.
- Masukkan nama baharu anda.
- Had nama adalah 25 aksara.
- Anda boleh menambah emoji dengan mengetik Emoji
.
- Ketik Selesai.
Nama profil anda akan kelihatan kepada pengguna dalam grup yang tidak mempunyai maklumat kenalan anda disimpan dalam buku alamat telefon mereka.
Mengedit maklumat perihalan anda
- Pergi ke Seting WhatsApp.
- Ketik foto profil anda.
- Ketik medan PERIHALAN.
- Anda sama ada boleh:
- Pilih opsyen yang telah dipraisi.
- Ketik maklumat perihalan anda disebelah medan KINI DISETKAN KE, untuk menyesuaikannya. Had maklumat perihalan adalah 139 aksara.
Nota:
- Maklumat perihalan anda tidak boleh kosong.
- Anda boleh menukar tetapan privasi anda untuk mengawal individu yang dapat melihat foto profil atau maklumat perihalan anda.
- Jika anda menyekat kenalan, individu tersebut tidak akan dapat melihat sebarang pengemaskinian foto profil atau maklumat perihalan anda.
Sumber berkaitan: