Anda boleh memadamkan akaun anda daripada dalam aplikasi WhatsApp. Memadamkan akaun anda adalah proses yang tidak boleh dibalikkan. Kami tidak dapat membuat asal akaun anda walaupun anda melakukannya secara tidak sengaja.
Untuk memadamkan akaun anda
- Buka WhatsApp.
- Pergi ke Seting > Akaun > Padam Akaun Saya.
- Masukkan nombor telefon anda dalam format antarabangsa lengkap dan ketik Padam Akaun Saya.
Memadamkan akaun anda akan:
- Memadamkan info akaun dan foto profil anda.
- Memadamkan anda daripada semua grup WhatsApp.
- Memadamkan sejarah mesej WhatsApp anda pada telefon dan sandaran iCloud anda.
Jika anda memadam akaun anda:
- Anda tidak boleh mendapatkan akses kepada akaun anda semula.
- Ia mungkin mengambil sehingga 90 hari dari permulaan proses pemadaman untuk memadam maklumat WhatsApp anda. Salinan maklumat anda mungkin juga kekal selepas 90 hari dalam storan sandaran yang kami gunakan untuk pemulihan sekiranya berlaku bencana, ralat perisian atau peristiwa kehilangan data yang lain. Maklumat anda tidak tersedia untuk anda di WhatsApp ketika ini.
- Ini tidak menjejaskan maklumat yang pengguna lain ada tentang anda, seperti salinan mesej yang anda hantar kepada mereka.
- Salinan beberapa bahan seperti rekod log mungkin kekal dalam pangkalan data kami tetapi tidak dikaitkan dengan identifikasi peribadi.
- Kami juga mungkin menyimpan maklumat anda untuk perkara seperti isu undang-undang, pelanggaran terma atau usaha pencegahan kemudaratan.
- Sila rujuk kepada seksyen Undang-undang dan Perlindungan Dasar Privasi kami untuk maklumat lanjut.
- Maklumat peribadi anda yang dikongsikan dengan Syarikat Facebook lain juga akan dipadamkan.
Sumber berkaitan:
Ketahui cara memadam akaun anda pada: Android | KaiOS