Ciri tukar nombor membenarkan anda menukar nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun WhatsApp anda pada telefon baharu atau sama. Sebelum menukar nombor telefon anda:
- Pastikan bahawa nombor telefon baharu anda boleh menerima SMS atau panggilan telefon dan mempunyai sambungan selular yang aktif.
- Pastikan bahawa pada masa ini, nombor telefon lama anda yang didaftarkan di WhatsApp pada telefon anda. Anda boleh mencari nombor telefon anda yang telah didaftarkan dengan membuka WhatsApp Seting dan mengetik foto profil anda.
Menukar nombor telefon pada telefon yang sama
Masukkan kad SIM dengan nombor telefon baharu ke dalam telefon anda. Kemudian ikuti langkah-langkah yang berikut.
- Buka Seting WhatsApp.
- Ketik Akaun > Tukar Nombor > Seterusnya.
- Masukkan nombor telefon lama anda dalam medan pertama dan nombor telefon baharu dalam medan kedua, kedua-duanya dalam format antarabangsa lengkap.
- Ketik Seterusnya.
- Jika anda hidupkan Beritahu Kenalan, anda boleh memilih untuk memberitahu Semua kenalan, Kenalan yang mempunyai sembang dengan saya atau Tersuai... Jika anda memilih Tersuai..., anda perlu mencari atau memilih kenalan yang ingin anda beritahu, kemudian ketik Selesai.
- Sembang grup anda akan diberitahu secara automatik apabila anda menukar nombor telefon anda, tidak kira sama ada anda memilih untuk memberitahu kenalan anda atau tidak.
- Ketik Selesai.
- Anda kemudian akan diprom untuk mendaftarkan nombor telefon baharu anda. Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini.
Menukar nombor telefon pada telefon baharu
Untuk memindahkan sejarah sembang anda, anda perlu mencipta sandaran iCloud atau komputer pada telefon lama anda. Ketahui cara melakukannya dalam artikel ini. Jika anda tidak mencipta sandaran iCloud atau komputer, anda perlu melawati laman web Sokongan Apple untuk maklumat lanjut tentang cara memulihkan sandaran anda.
Setelah menukar nombor telefon anda pada telefon lama anda, ikuti langkah-langkah berikut menggunakan telefon baharu anda:
- Pasangkan WhatsApp.
- Daftarkan nombor telefon baharu anda sekali lagi.
- Pulihkan sandaran anda.
Sumber berkaitan: