Ciri Lokasi Langsung membenarkan anda berkongsi lokasi masa nyata anda untuk tempoh masa tertentu dengan peserta sembang individu atau grup. Anda boleh mengawal tempoh masa dan sama ada anda mahu kongsikan lokasi langsung anda. Anda juga boleh berhenti berkongsi lokasi langsung anda pada bila-bila masa. Setelah perkongsian dihentikan atau tamat masa, lokasi langsung anda tidak lagi akan dikongsikan. Walau bagaimanapun, peserta dalam sembang individu atau grup yang anda kongsikan lokasi langsung anda akan terus melihat lokasi awal yang anda telah kongsikan, yang akan kelihatan sebagai imej kecil statik. Peserta kemudian boleh mengetik imej kecil ini dalam sembang individu atau grup untuk melihat lokasi dikemas kini anda yang terakhir.
Ciri ini disulitkan dari hujung ke hujung, yang bermakna tiada siapa yang dapat melihat lokasi langsung anda kecuali orang yang anda berkongsi dengan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keselamatan anda di WhatsApp, sila lawati Keselamatan WhatsApp. Anda juga boleh membaca Dasar Privasi kami untuk maklumat lanjut tentang amalan privasi WhatsApp.
Untuk berkongsi lokasi langsung anda, anda perlu mendayakan kebenaran lokasi untuk WhatsApp dengan pergi ke Seting iPhone > Privasi > Perkhidmatan Lokasi > WhatsApp > Sentiasa.
Sebagai alternatif, pergi ke Seting iPhone > WhatsApp > Lokasi > Sentiasa.
Ketahui cara menggunakan lokasi langsung pada: Android | Windows Phone