Secara lalai, mana-mana peserta grup boleh mengubah subjek, ikon, deskripsi atau menghantar mesej. Walau bagaimanapun, seorang pentadbir boleh mengubah seting grup untuk membenarkan pentadbir sahaja yang boleh mengedit info grup atau menghantar mesej.
Mengubah seting grup
Untuk mengubah seting grup untuk mengedit info grup:
Pergi ke grup tersebut dalam WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
Secara alternatif, luncur grup ke kiri dalam tab Sembang. Kemudian ketik Lagi > Info Grup.
Ketik Seting Grup > Edit Info Grup.
Pilih untuk membenarkan Semua Peserta atau Pentadbir Sahaja untuk mengedit info grup.
Untuk mengubah seting grup untuk menghantar mesej:
Pergi ke grup tersebut dalam WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
Secara alternatif, luncur grup ke kiri dalam tab Sembang. Kemudian ketik Lagi > Info Grup.
Ketik Seting Grup > Hantar Mesej.
Pilih untuk membenarkan Semua Peserta atau Pentadbir Sahaja untuk menghantar mesej.
Nota: Peserta boleh terus menghubungi pentadbir dengan mengetik pentadbir dalam grup, kemudian mengetik nama pentadbir yang ingin dimesej.
Mengubah subjek grup
Untuk mengubah subjek:
Pergi ke grup tersebut dalam WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
Secara alternatif, luncur grup ke kiri dalam tab Sembang. Kemudian ketik Lagi > Info Grup.
Ketik subjek grup.
Masukkan subjek baru, kemudian ketik Simpan.
Had subjek adalah 25 aksara.
Mengubah ikon grup
Untuk mengubah ikon:
Pergi ke grup tersebut dalam WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
Secara alternatif, luncur grup ke kiri dalam tab Sembang. Kemudian ketik Lagi > Info Grup.
Ketik Kamera.
Pilih Ikon Set Semula, Ambil Foto, Pilih Foto atau Cari di Web untuk imej baru.
Mengubah deskripsi grup
Untuk mengubah deskripsi:
Pergi ke grup tersebut dalam WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
Secara alternatif, luncur grup ke kiri dalam tab Sembang. Kemudian ketik Lagi > Info Grup.
Ketik deskripsi grup.
Masukkan deskripsi baru, kemudian ketik Simpan.
Membisukan pemberitahuan grup
Anda boleh membisukan pemberitahuan grup untuk tempoh masa tertentu. Anda masih akan menerima mesej yang dihantar kepada grup tersebut, tetapi telefon anda tidak akan bergetar atau memaklumkan anda apabila mesej diterima.
Untuk membisukan pemberitahuan grup:
Pergi ke grup tersebut dalam WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
Secara alternatif, luncur grup ke kiri dalam tab Sembang. Kemudian ketik Lagi > Bisukan.
KetikSenyapkan.
Pilih tempoh masa anda ingin membisukan pemberitahuan.
Untuk menyahbisukan pemberitahuan grup:
Pergi ke grup tersebut dalam WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
Secara alternatif, luncur grup ke kiri dalam tab Sembang. Kemudian ketik Nyahbisukan.