Pusat Info
ms
Pilih bahasa anda
  • Azərbaycanca
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Melayu
  • Català
  • Česky
  • Dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • Español
  • Français
  • Gaeilge
  • Hrvatski
  • Italiano
  • Kiswahili
  • Latviešu
  • Lietuviškai
  • Magyar
  • Nederlands
  • Norsk
  • Oʻzbekcha
  • Pilipino
  • Polski
  • Português (BR)
  • Português (PT)
  • Română
  • shqip
  • Slovenčina
  • Slovenščina
  • suomi
  • svensk
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • Български
  • Қазақ
  • Македонски
  • Pусский
  • српски
  • Українська
  • ‏עברית‏
  • العربية
  • فارسی
  • اردو
  • বাংলা
  • हिंदी
  • ગુજરાતી
  • ಕನ್ನಡ
  • मराठी
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • മലയാളം
  • ภาษาไทย
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • 한국어
  • WhatsApp Web
  • Ciri-ciri
  • Muat Turun
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Muat Turun
  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
iPhonePanggilan Suara dan Video

Membuat panggilan suara

Panggilan Suara membenarkan anda untuk membuat panggilan kepada kenalan anda dengan menggunakan WhatsApp secara percuma, walaupun mereka berada di negara yang lain. Panggilan suara menggunakan sambungan Internet telefon anda, dan bukannya minit suara pelan selular anda. Caj data mungkin dikenakan. Pada masa ini, panggilan suara tersedia pada iPhone yang menjalankan iOS 7+.


Nota: Anda tidak boleh mengakses nombor perkhidmatan kecemasan melalui WhatsApp (contohnya 911 di Amerika Syarikat). Anda mesti membuat perancangan komunikasi alternatif untuk membuat panggilan kecemasan.

Untuk membuat panggilan suara:

  1. Buka sembang dengan kenalan yang anda ingin membuat panggilan suara.
  2. Ketik Panggilan Suara .

Menerima panggilan suara

Jika telefon anda dikunci, anda akan melihat skrin panggilan masuk Audio WhatsApp... apabila seseorang membuat panggilan suara kepada anda, yang mana anda boleh:

  • luncurkan untuk menjawab dengan meleret butang anak panah biru ke kanan.
  • Ketik Ingatkan Saya dan pilih jika anda ingin diingatkan Apabila saya keluar atau Dalam masa 1 jam.
  • Tolak panggilan dengan menekan butang tepi iPhone dua kali.

Jika telefon anda tidak dikunci, anda akan melihat skrin panggilan masuk Audio WhatsApp... apabila seseorang membuat panggilan suara kepada anda, yang mana anda boleh:

  • Ketik butang tanda semak biru untuk Terima .
  • Ketik Tolak .
  • Ketik Ingatkan Saya dan pilih jika anda ingin diingatkan Apabila saya keluar atau Dalam masa 1 jam.
  • Ketik Mesej untuk menolak panggilan dengan mesej ringkas.

Menukar antara panggilan suara dan panggilan video

Untuk menukar daripada panggilan suara kepada panggilan video:
  1. Ketika berada dalam panggilan suara, ketik panggilan video .
  2. Kenalan yang berada dalam panggilan suara dengan anda akan melihat permintaan untuk bertukar kepada panggilan video dan boleh menerima atau menolak penukaran tersebut.
Untuk menukar daripada panggilan video kepada panggilan suara:
  1. Ketika berada dalam panggilan video, ketik Video Dimatikan , yang akan memberitahu kenalan yang sedang berada dalam panggilan video dengan anda.
  2. Selepas kenalan mematikan video mereka, panggilan tersebut akan bertukar kepada panggilan suara.

Membuat panggilan suara grup

Panggilan Grup membenarkan sehingga empat peserta untuk menyertai panggilan suara antara satu sama lain menggunakan WhatsApp.

Untuk membuat panggilan video grup daripada grup:
  1. Pergi ke grup yang anda ingin buat panggilan suara.
  2. Ketik Panggilan Baharu .
  3. Cari kenalan atau pilih kenalan yang anda ingin tambahkan pada panggilan tersebut.
  4. Ketik Panggilan Suara .
Untuk membuat panggilan video grup daripada tab Panggilan:
  1. Pergi ke tab Panggilan.
  2. Ketik Panggilan Baharu > Panggilan Grup Baharu .
  3. Cari kenalan atau pilih kenalan yang anda ingin tambahkan pada panggilan tersebut.
  4. Ketik Panggilan Suara .
Untuk membuat panggilan suara grup daripada sembang individu:
  1. Buka sembang dengan salah seorang kenalan yang anda ingin buat panggilan suara.
  2. Ketik Panggilan Suara .
  3. Selepas kenalan menerima panggilan, ketik Tambah peserta .
  4. Cari kenalan atau pilih kenalan lain yang anda ingin tambahkan pada panggilan tersebut.
  5. Ketik Tambah.
Nota:
  • Pastikan anda dan kenalan anda mempunyai sambungan Internet yang kukuh ketika membuat atau menerima panggilan suara grup. Kualiti panggilan suara bergantung pada kenalan dengan sambungan yang paling lemah.
  • Apabila anda menerima panggilan suara grup, skrin panggilan masuk Audio WhatsApp... akan menunjukkan peserta yang sedang berada dalam panggilan, dan kenalan pertama yang tersenarai adalah peserta yang telah menambah anda.
  • Semasa dalam panggilan suara grup, anda tidak akan dapat menukar panggilan tersebut kepada panggilan video.
  • Anda tidak boleh mengeluarkan kenalan semasa berada dalam panggilan suara grup. Kenalan tersebut perlu meletakkan telefon untuk memutuskan talian daripada panggilan tersebut.
  • Sejarah panggilan suara grup akan muncul dalam tab Panggilan . Anda boleh mengetik sejarah panggilan untuk melihat kenalan individu daripada panggilan tersebut.
  • Walaupun anda boleh berada dalam panggilan suara grup dengan seseorang yang telah anda sekat, anda tidak boleh menambah kenalan yang telah anda sekat atau kenalan yang telah menyekat anda pada panggilan tersebut.

Ketahui cara membuat panggilan suara pada: Android | Windows Phone

Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab soalan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Laman Utama Pusat Info

WhatsApp

  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Muat Turun
  • WhatsApp Web
  • Perniagaan

Syarikat

  • Tentang
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Berhubunglah
  • Blog
  • Cerita WhatsApp

Muat Turun

  • Mac/PC
  • Android
  • iPhone
  • Windows Phone

Bantuan

  • Pusat Info
  • Twitter
  • Facebook
2019 © WhatsApp Inc.
Terma & Privasi