Secara lalai, WhatsApp akan muat turun imej secara automatik melalui sambungan selular anda untuk memberikan anda akses pantas kepada foto anda yang terkini.
Untuk mengkonfigurasikan tetapan untuk muat turun foto, video, audio atau dokumen secara automatik, pergi ke WhatsApp dan ketik Lagi
> tetapan > sembang dan panggilan > muat turun automatik.
Di sini anda boleh memilih bila WhatsApp boleh muat turun setiap media secara automatik.
Anda boleh memilih tidak perlu, Wi-Fi, Wi-Fi dan selular atau Wi-Fi, selular, perayauan. Imej-imej akan dimuat turun secara automatik menurut sambungan pilihan anda.
Anda boleh memilih tidak perlu, Wi-Fi, Wi-Fi dan selular atau Wi-Fi, selular, perayauan. Video akan dimuat turun secara automatik menurut sambungan pilihan anda.
Anda boleh memilih tidak perlu, Wi-Fi, Wi-Fi dan selular atau Wi-Fi, selular, perayauan. Audio akan dimuat turun secara automatik menurut sambungan pilihan anda. Mesej Suara sentiasa dimuat turun secara automatik untuk pengalaman komunikasi yang terbaik.
Anda boleh memilih tidak perlu, Wi-Fi, Wi-Fi dan selular atau Wi-Fi, selular, perayauan. Dokumen akan dimuat turun secara automatik menurut sambungan pilihan anda.
Nota: apabila anda memilih pilihan Wi-Fi, selular, perayauan, ia mungkin menyebabkan kenaikkan caj daripada pengendali telefon mudah alih anda kerana data perayauan sememangya mahal.
Jika anda mempunyai pelan data yang terhad, anda mungkin ingin mengehadkan benda-benda media untuk dimuat turun ketika anda mempunyai sambungan Wi-Fi sahaja.
Pelajari cara bagaimana mengkonfigurasikan tetapan muat turun automatik pada: Android | iPhone