Di sebelah medan input teks, ketik Emoji > Pelekat.
Untuk menambah pek pelekat, ketik Tambah.
Dalam popup Pelekat yang muncul, ketik Muat turunbersebelahan dengan pek pelekat yang anda mahu muat turun. Jika diprom, ketik MUAT TURUN • {saiz fail}.
Tanda semak hijau akan muncul sebaik sahaja muat turun selesai.
Ketik Kembali.
Cari dan ketik pelekat yang anda ingin hantar.
Sila ambil perhatian bahawa sebaik sahaja anda mengetik pelekat, ia akan dihantar secara automatik.
Pilihan tambahan:
Ketik Terbaru untuk melihat pelekat anda yang baru digunakan.
Ketik Kegemaran untuk melihat pelekat kegemaran anda.
Untuk menggemari pelekat, ketik perlahan pelekat dalam sembang individu atau grup anda>TAMBAHKAN PADA KEGEMARAN. Atau ketik Emoji > Pelekat. Sebaik sahaja anda menjumpai pelekat yang anda suka, ketik dan tahan pelekat, kemudian ketik TAMBAH.
Untuk menggemari pelekat, ketik perlahan pelekat dalam sembang individu atau grup anda > TAMBAHKAN PADA KEGEMARAN. Atau ketik Emoji > Pelekat > Kegemaran. Sebaik sahaja anda menjumpai pelekat yang anda tidak suka, ketik dan tahan pelekat, kemudian ketik ALIH KELUAR.
Jika anda mengetik kotak hati , ia akan menunjukkan set ikon kategori pelekat yang dikategorikan berdasarkan emoji yang dipaparkan pada ikon.
Contoh: Mengetik kotak hati akan mengeluarkan sebarang pelekat yang mengandungi hati.
Jika anda mahu lebih banyak pilihan pelekat, ketik Tambah. Tatal ke bahagian bawah tab SEMUA PELEKAT dan ketik DAPATKAN LEBIH PELEKAT. Ini akan membawa anda ke Gedung Google Play yang membolehkan anda memuat turun aplikasi pelekat.
Untuk melihat pek pelekat yang telah anda muat turun, ketik Tambah > tab* PELEKAT SAYA. Jika anda ingin memadamkan pek pelekat tertentu, ketik *Padam > PADAM. Untuk menyusun semula pek pelekat anda, ketik dan seret Susun semula bersebelahan dengan pek pelekat.
Apabila pek pelekat perlu dikemas kini, ketik Tambah apabila titik hijau muncul. Dalam tab SEMUA PELEKAT, ketik KEMAS KINI di sebelah pek pelekat yang perlu dikemas kini. Jika diprom, ketik KEMAS KINI • {saiz fail}.
Tanda semak hijau akan muncul sebaik sahaja kemas kini selesai.
Pelekat boleh didapati pada versi terkini WhatsApp kami. Jika anda tidak melihat pelekat, sila pastikan WhatsApp dikemas kini. Ketahui cara menggunakan pelekat pada: iPhone
Ketahui cara membuat pelekat untuk WhatsApp daripadaartikel ini.