Keperluan
- Anda hanya boleh mengesahkan nombor mudah alih yang anda miliki.
- Anda mesti boleh menerima panggilan telefon dan SMS pada nombor mudah alih yang cuba anda mengesahkan.
- Anda mesti memastikan bahawa anda telah menyahdayakan sebarang ciri sekat panggilan, aplikasi atau sebarang task killers.
- Anda mesti mempunyai sambungan Internet yang baik melalui data mudah alih atau Wi-Fi. Jika anda dalam perayauan atau mempunyai sambungan yang buruk, pengesahan mungkin tidak akan berjaya. Cuba membuka www.whatsapp.com pada pelayar Internet telefon anda untuk melihat jika anda tersambung ke Internet atau tidak.
Bagaimana cara mengesahkan
Sila ikuti arahan ini langkah demi langkah:
- Pastikan bahawa anda mempunyai pelan data Internet yang berjalan melalui perkhidmatan 2G, 3G, 4G atau Wi-Fi.
Jika anda berada dalam perayauan atau mempunyai sambungan yang tidak baik, pengesahan mungkin tidak akan berjalan. Buka www.whatsapp.com pada pelayar Internet telefon anda untuk menyemak bahawa anda disambungkan ke Internet.
- Masukkan nombor mudah alih anda dalam format yang betul. Ini penting! Anda tidak boleh mengesahkan nombor mudah alih yang anda tidak miliki.
- Pilih negara anda daripada senarai juntai bawah. Ini akan mengisi kod negara anda di bahagian kiri secara automatik.
- Masukkan nombor mudah alih anda di dalam kotak di bahagian kanan. Sila jangan letakkan sebarang angka 0 di depan nombor mudah alih anda.
- Ketik Terus untuk menerima kod yang dihantar kepada anda.
- Masukkan kod 6 digit yang telah dihantar kepada anda melalui SMS.
- Jika anda tidak menerima SMS, anda mungkin mempunyai sambungan yang tidak baik. Sila tunggu untuk bar kemajuan selesai dan cuba sahkannya sekali lagi. Ini mungkin mengambil masa sehingga 10 minit, jadi bersabarlah.
- Sila JANGAN teka kod, ini akan menguncikan anda daripada proses pengesahan untuk tempoh masa tertentu.
- Jika pemasa habis sebelum anda menerima kod, satu pilihan akan muncul untuk memohon panggilan telefon. Pilih pilihan Panggil saya untuk memohon panggilan, dan tunggu untuk beberapa saat untuk telefon anda berdering.
- Apabila anda menjawab, satu suara automatik akan memberitahu anda kod 6 digit. Taipkannya ke dalam telefon anda. WhatsApp sekarang telah disahkan.
Nota: Bergantung atas pembawa anda, anda mungkin dikenakan caj untuk SMS dan panggilan telefon.
Langkah-langkah penyelesaian masalah
Jika anda mempunyai isu dengan pengesahan, cuba yang berikut:
- But semula telefon anda (Untuk but semula telefon anda, matikannya, tunggu selama 30 saat, dan hidupkannya kembali).
- Padam dan pasang semula WhatsApp dengan versi terkini. Jika anda tidak tahu bagaimana, sila baca artikel ini.
- Hantar mesej SMS ujian daripada sebarang telefon mudah alih kepada nombor mudah alih anda sendiri, tepat seperti yang mana anda masukkan ke dalam WhatsApp, termasuk kod negara. Ini akan membantu anda untuk menyemak jika anda mempunyai sambungan yang tidak baik.
Jika anda masih tidak boleh mengesahkan, kami sedia membantu anda dengan gembira. Hantarkan emel kepada kami dengan memergi ke Menu > Hubungi sokongan. Sertakan penerangan mengenai apa yang telah anda buat untuk memastikan anda boleh menerima panggilan atau SMS. (Adakah anda mendapat SMS yang dihantar oleh anda ke nombor telefon anda? Nombor apa yang telah anda gunakan? dan lain lain.) Kami tidak boleh menghantar kod anda melalui emel kerana sebab sekuriti.
Pelajari cara bagaimana mengesahkan pada: iPhone | Windows Phone