Seperti yang diumumkan dalam blog kami, WhatsApp sedang meneroka cara-cara untuk anda berhubung dengan perniagaan yang penting untuk anda. Aplikasi WhatsApp Business membantu perniagaan kecil untuk menubuhkan kewujudan rasmi dan memudahkan untuk membalas kepada pelanggan.
Kami juga sedang membina alatan baru untuk perniagaan yang beroperasi dengan skala besar, seperti syarikat penerbangan, laman e-dagang dan bank. Perniagaan ini akan dapat menggunakan penyelesaian WhatsApp Business kami untuk menyediakan pelanggan dengan maklumat yang berguna seperti masa penerbangan, pengesahan penghantaran dan pengemaskinian lain, selain daripada menyediakan sokongan pelanggan.
Jika anda ingin menghentikan satu perniagaan daripada menghubungi anda, anda boleh menyekat mereka. Ketahui cara menyekat dan menyahsekat kenalan pada: Android | iPhone