Akaun WhatsApp anda hanya dapat disahkan dengan satu nombor pada satu peranti. Jika anda mempunyai telefon dwiSIM (dual SIM), sila ambil perhatian bahawa anda masih mesti memilih satu nombor untuk disahkan dengan WhatsApp. Tiada pilihan untuk memiliki akaun WhatsApp dengan dua nombor telefon.
Jika anda cuba untuk kerap menukar akaun WhatsApp anda antara peranti yang berbeza, pada satu masa, anda mungkin akan disekat daripada mengesahkan semula akaun anda. Sila jangan kerap menukar antara peranti dan nombor yang berbeza.