Cara mengurus tetapan pengesahan dua langkah
Anda boleh mengurus tetapan pengesahan dua langkah dalam Akaun WhatsApp anda. Anda mempunyai pilihan untuk mendayakan atau menyahdayakan ciri ini, menukar PIN atau mengemas kini alamat e-mel yang berkait dengan pengesahan dua langkah.
Mendayakan ciri pengesahan dua langkah
- Buka Tetapan WhatsApp.
- Ketik Akaun > Pengesahan dua langkah > Dayakan.
- Masukkan PIN enam digit pilihan anda dan sahkannya.
- Berikan alamat e-mel yang boleh anda akses atau ketik Langkau jika anda tidak ingin menambahkan alamat e-mel. Kami mengesyorkan agar anda menambahkan alamat e-mel kerana ini akan membolehkan anda mengeset semula pengesahan dua langkah dan membantu melindungi akaun anda.
- Ketik Seterusnya.
- Sahkan alamat e-mel dan ketik Simpan atau Selesai.
Sekiranya anda tidak menambahkan alamat e-mel dan anda terlupa PIN anda, anda perlu menunggu 7 hari sebelum anda boleh mengeset semula PIN anda. Memandangkan kami tidak mengesahkan alamat e-mel ini untuk menentukan ketepatannya, pastikan anda berikan alamat e-mel yang tepat yang boleh anda akses.
Menyahdayakan ciri pengesahan dua langkah:
- Buka Tetapan WhatsApp.
- Ketik Akaun > Pengesahan dua langkah >Nyahdayakan > Nyahdayakan.
Menukar PIN pengesahan dua langkah anda
- Buka Tetapan WhatsApp.
- Ketik Akaun > Pengesahan dua langkah > Tukar PIN.
Menambah alamat e-mel
- Buka Tetapan WhatsApp.
- Ketik Akaun > Pengesahan dua langkah > ketik Tambah Alamat E-mel.
Menukar alamat e-mel
- Buka Tetapan WhatsApp.
- Ketik Akaun > Pengesahan dua langkah > ketik Tukar Alamat E-mel.
Sumber berkaitan:
Perihal pengesahan dua langkah