Pengemaskinian status anda hanya boleh dilihat oleh seseorang jika anda menyimpan nombor telefon mereka pada buku alamat telefon anda dan sebaliknya. Anda boleh memilih untuk berkongsi pengemaskinian status anda dengan semua kenalan atau memilih kenalan yang tertentu sahaja. Secara lalai, pengemaskinian status anda dikongsikan dengan semua kenalan anda.
Kenalan saya: Semua kenalan anda dapat melihat pengemaskinian status anda.
Kenalan saya kecuali…: Semua kenalan anda kecuali individu yang anda pilih dapat melihat pengemaskinian status anda.
Hanya kongsikan dengan…: Hanya kenalan yang anda pilih dapat melihat pengemaskinian status anda.
Nota:
Perubahan kepada tetapan privasi anda tidak akan menjejaskan pengemaskinian status yang telah anda hantar.
Jika anda telah menyahdayakan resit dibaca, anda tidak akan dapat mengetahui siapa yang telah melihat pengemaskinian status anda. Jika seorang kenalan telah menyahdayakan resit dibaca, anda tidak akan dapat mengetahui jika mereka telah melihat pengemaskinian status anda.
Berkongsi pengemaskinian status pada Cerita Facebook dan aplikasi lain
Jika anda berkongsi pengemaskinian status anda, kandungan pengemaskinian status anda akan dikongsikan dengan aplikasi lain. Apabila berkongsi pengemaskinian status anda, WhatsApp tidak akan kongsikan maklumat akaun anda dengan Facebook atau aplikasi lain.
Sumber berkaitan
Ketahui cara menggunakan status pada: Android | iPhone
Ketahui cara berkongsi pengemaskinian status WhatsApp pada aplikasi lain dalam artikel ini.