Untuk memberi anda masa yang cukup untuk menyemak perubahan pada masa yang sesuai dan bagi kemudahan anda sendiri, kami telah melanjutkan tarikh penguatkuasaan kepada 15 Mei. Sekiranya anda belum menerima pengemaskinian pada tarikh tersebut, WhatsApp tidak akan memadamkan akaun anda. Walau bagaimanapun, anda tidak akan mempunyai fungsi penuh WhatsApp sehingga anda menerimanya. Untuk masa yang singkat, anda masih boleh menerima panggilan dan pemberitahuan, tetapi tidak akan dapat membaca atau menghantar mesej daripada aplikasi WhatsApp.
Anda mempunyai pilihan berikut:
- Anda masih boleh menerima pengemaskinian tersebut selepas 15 Mei.
- Sebelum 15 Mei, anda boleh mengeksport sejarah sembang anda pada Android atau iPhone, dan memuat turun laporan akaun anda. Jika anda mahu memadamkan akaun anda pada Android, iPhone, atau KaiOS, kami berharap anda akan mempertimbangkannya semula. Kami tidak dapat membuat asal proses ini kerana ia akan memadamkan sejarah mesej anda, mengeluarkan anda daripada semua grup WhatsApp, dan memadamkan sandaran WhatsApp anda.
- Jika anda memerlukan bantuan untuk memuat turun laporan atau memadamkan akaun anda, anda boleh menghubungi kami di sini. Apa pun keputusan anda, dasar kami berkaitan pengguna tidak aktif akan diguna pakai.