Kami sedang membuat perubahan kepada Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami yang berkaitan dengan pemesejan antara perniagaan dengan pelanggan mereka di WhatsApp. Kami juga menyediakan lebih banyak maklumat tentang cara kami mengumpul, berkongsi dan menggunakan data.
Komitmen kami terhadap privasi anda tidak berubah. Perbualan peribadi anda masih dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung, yang bermaksud tidak ada sesiapa di luar sembang anda, bahkan WhatsApp mahupun Facebook, yang dapat membaca atau mendengarnya.
Tanggungjawab kami untuk menerangkan pengemaskinian ini dengan jelas. Berikut adalah beberapa perkara yang harus anda ketahui:
Setiap hari, berjuta-juta orang menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi dengan perniagaan, besar mahupun kecil. Anda boleh menghantar mesej kepada perniagaan untuk bertanya soalan, membuat pembelian dan mendapatkan maklumat. Sama ada anda bersembang dengan perniagaan di WhatsApp ataupun tidak adalah pilihan anda. Anda boleh menyekat atau mengalih keluar perniagaan tersebut daripada senarai kenalan anda.
Perniagaan yang lebih besar, seperti syarikat penerbangan atau peruncit, mungkin menerima mesej daripada ribuan pelanggan pada satu masa - meminta maklumat tentang penerbangan, atau ingin menjejak pesanan mereka. Untuk memastikan mereka dapat membalas dengan cepat, perniagaan ini mungkin menggunakan Facebook sebagai penyedia teknologi untuk mengurus sesetengah balasan bagi pihak mereka. Kami akan melabelkan sembang dengan jelas untuk memastikan anda tahu apabila perkara ini berlaku.
Perubahan kepada Dasar Privasi kami memberi anda lebih banyak maklumat tentang cara kami mengurus maklumat anda. Kami telah menambah lebih banyak butiran pada bahagian tertentu dalam Dasar Privasi kami dan menambahkan bahagian baharu. Kami juga telah meringkaskan susun atur Dasar Privasi dan memudahkan pengguna untuk menavigasi.
Anda boleh memuat turun laporan maklumat dan tetapan akaun WhatsApp anda di sini.
Sama ada WhatsApp mahupun Facebook tidak dapat melihat kandungan yang anda kongsikan dengan keluarga dan rakan, termasuk mesej dan panggilan peribadi anda, lampiran yang anda kongsikan atau lokasi yang anda hantarkan. Kami tidak menyimpan log pemesejan atau panggilan setiap pengguna, dan WhatsApp tidak berkongsi kenalan anda dengan Facebook.
WhatsApp tidak akan memberikan nombor anda kepada perniagaan, dan dasar kami melarang perniagaan daripada menghubungi anda di WhatsApp tanpa mendapat persetujuan anda terlebih dahulu.
Ciri privasi tambahan kami, seperti menetapkan agar mesej anda dihilangkan atau mengawal individu yang boleh menambahkan anda pada grup, memberikan lapisan privasi tambahan kepada anda.
Untuk maklumat lanjut, sila semak terma dan dasar privasi kami. Anda juga boleh mendapatkan jawapan untuk pertanyaan yang sering diajukan di sini.