Fahami apabila mesej dimajukan
Mesej dengan label "Dimajukan” membantu anda untuk menentukan jika rakan atau saudara anda telah menulis mesej tersebut atau jika asal mesej tersebut daripada orang lain. Apabila mesej dimajukan daripada seorang pengguna kepada seorang pengguna yang lain lebih daripada lima kali, ini akan ditandakan dengan ikon anak panah berganda
Semak foto dan media dengan teliti
Foto, rakaman audio dan video boleh diedit untuk mengelirukan anda. Sila lihat sumber berita yang boleh dipercayai untuk menyemak jika cerita tersebut telah dilaporkan di sumber lain. Apabila sebuah cerita dilaporkan di berbilang tempat, kemungkinan berita itu benar adalah benar.
Berhati-hati dengan mesej yang nampak lain
Banyak mesej atau pautan laman web yang anda terima yang mengandungi penipuan atau berita palsu mempunyai ejaan yang salah. Perhatikan tanda-tanda ini agar anda dapat menyemak kebenaran maklumat tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mesej penipuan, sila baca artikel ini.
Semak pendirian anda
Berhati-hati dengan maklumat yang mengesahkan kepercayaan sedia ada anda dan semak fakta sebelum mengongsi maklumat. Cerita yang susah dipercayai sering adalah tidak benar.
Berita palsu sering menjadi viral
Walaupun jika sebuah mesej telah dikongsikan beberapa kali, ini tidak menjadikannya benar. Jangan majukan mesej kerana penghantar mesej tersebut mendesak anda untuk melakukannya. Jika anda melihat sesuatu yang palsu, maklumkan orang yang telah menghantar mesej tersebut dan minta mereka untuk mengesahkan maklumat sebelum mereka mengongsinya. Jika sebuah grup atau seorang kenalan sering menghantar berita palsu, laporkan mereka. Untuk mempelajari cara melaporkan seorang kenalan atau grup, sila baca artikel ini.
Sahkan dengan sumber lain
Jika anda masih tidak pasti jika sebuah mesej adalah benar atau tidak, cari fakta dalam talian dan semak laman-laman berita yang boleh dipercayai untuk melihat sumber cerita tersebut. Jika anda masih ragu-ragu, tanya penyemak fakta atau orang yang anda percaya untuk maklumat lanjut.
Penting: Jika anda berasa bahawa anda atau orang lain berada dalam bahaya emosi atau fizikal, sila hubungi penguatkuasa undang-undang tempatan anda. Penguatkuasa undang-undang tempatan mempunyai keupayaan untuk membantu dalam situasi ini.